Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 16:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Kemudian Abisai anak Zeruya berkata kepada raja, “Mengapakah anjing mati ini harus mengutuk Tuanku Raja? Izinkan hamba menyeberang dan memenggal kepalanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Abisai, ibunya ialah Zeruya, berkata kepada raja, “Mengapa tuanku membiarkan anjing ini mengutuki tuanku? Benarkanlah hamba memenggal kepalanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Abisai, ibunya ialah Zeruya, berkata kepada raja, “Mengapa tuanku membiarkan anjing ini mengutuki tuanku? Benarkanlah hamba memenggal kepalanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 16:9
13 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, Abisai anak Zeruya berkata, “Bukankah Simei patut dihukum mati kerana dia telah mengutuk orang yang dilantik TUHAN?”


Kata Daud, “Apakah sangkut-paut aku dengan kamu, wahai anak-anak Zeruya, sehingga pada hari ini kamu menjadi lawanku? Patutkah pada hari ini ada orang yang dihukum mati di Israel? Bukankah pada hari ini akulah raja atas orang Israel?”


Demikianlah Yoab dan Abisai, adiknya, membunuh Abner kerana dia telah membunuh Asael, adik mereka, dalam peperangan di Gibeon.


Maka sangat marahlah Abner kerana kata-kata Isyboset itu. Katanya, “Adakah aku ini kepala anjing dari Yehuda? Sampai kini aku telah menunjukkan kesetiaan kepada keluarga Saul, ayahmu, kepada saudara-saudaranya, dan kepada sahabat-sahabatnya. Aku tidak menyerahkan engkau ke dalam tangan Daud. Namun demikian, pada hari ini engkau menuduh aku bersalah dengan seorang perempuan!


Lalu sujudlah Mefiboset dan berkata, “Siapakah hambamu ini, sehingga tuanku menghiraukan anjing mati seperti aku?”


Jangan menghina Allah dan jangan mengutuk seorang pemimpin bangsamu.


Ketika Yakobus dan Yohanes, murid-murid Yesus melihat perkara ini, mereka berkata, “Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?”


Paulus menjawab, “Saudara-saudara, aku tidak tahu dia itu imam besar. Memang tersurat dalam Kitab Suci, ‘Jangan hinakan pemimpin bangsamu.’ ”


Hormati semua orang: Kasihi saudara-saudara seimanmu, takuti Allah, dan hormati raja.


Siapakah sesungguhnya yang dikejar raja Israel? Siapakah sesungguhnya yang tuanku buru? Hanya anjing mati! Seekor hama sahaja!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan