Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 16:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Beginilah perkataan Simei ketika dia mengutuk, “Nyahlah, nyahlah, wahai penumpah darah, wahai penjahat!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Simei mengutuki baginda dan berkata, “Pergi! Pergi! Pembunuh! Penjenayah!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Simei mengutuki baginda dan berkata, “Pergi! Pergi! Pembunuh! Penjenayah!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 16:7
16 Iomraidhean Croise  

Lalu mengapakah engkau meremehkan firman TUHAN dengan melakukan hal yang jahat di sisi-Nya? Engkau membunuh Uria, orang Het itu, dengan pedang. Kauambil isterinya menjadi isterimu, dan dia sendiri kaubunuh dengan pedang bani Amon.


Dia melempari Daud dan semua pegawai Raja Daud dengan batu, walaupun seluruh pasukan dan semua kesateria berada di kanan kiri Daud.


Akan tetapi, Abisai anak Zeruya berkata, “Bukankah Simei patut dihukum mati kerana dia telah mengutuk orang yang dilantik TUHAN?”


Kebetulan di sana ada seorang yang rendah akhlak bernama Seba anak Bikri, seorang Benyamin. Dia meniup sangkakala dan berkata, “Kita tidak mendapat bahagian daripada Daud, kita tidak mendapat harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai orang Israel!”


Pada hari itu tahulah seluruh rakyat dan seluruh orang Israel bahawa pembunuhan Abner anak Ner tidak berpunca daripada raja.


Dudukkanlah juga di hadapannya dua orang penjahat dan biarlah mereka bersaksi menentang dia dengan mengatakan, ‘Engkau telah mengutuk Allah dan raja.’ Lalu bawalah dia keluar dan rejamlah dia sampai mati.”


Kemudian datanglah kedua-dua orang penjahat itu. Mereka duduk di hadapannya lalu bersaksi menentang Nabot di hadapan rakyat, kata mereka, “Nabot telah mengutuk Allah dan raja.” Lalu mereka membawa dia keluar kota dan merejamnya dengan batu sampai mati.


Ramai yang berkata tentangku, “Allah tidak akan menyelamatkannya.” Sela


Engkau membinasakan orang yang berdusta; orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya dibenci oleh TUHAN.


Selamatkan aku daripada kesalahan menumpahkan darah, ya Allah, Allah Penyelamatku, maka suaraku akan lantang menyanyikan perbenaran-Mu.


kerana mendengar suara musuh, kerana ditindas orang zalim; mereka membawa kesusahan kepadaku dan mereka marah serta membenciku.


Hatiku terseksa; dan dihimpit rasa ngeri akan dahsyatnya maut.


bahawa daripada kalangan kamu muncul beberapa orang tidak berguna yang menyesatkan penduduk kota mereka dengan berkata, ‘Mari kita beribadat kepada tuhan-tuhan lain,’ iaitu tuhan-tuhan yang tidak kamu kenal,


Amat jahatnya kelakuan anak-anak lelaki Eli. Mereka tidak mengenal TUHAN.


Sekarang, fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa yang harus puan lakukan, kerana mereka telah merancang untuk mendatangkan kecederaan terhadap tuan kami dan terhadap seluruh keluarganya. Tuan memang seorang yang berkelakuan jahat yang tidak dapat dibawa berbincang.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan