Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 16:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Setibanya Raja Daud di Bahurim, keluarlah dari sana seorang daripada kaum keluarga Saul, bernama Simei anak Gera. Dia mengutuk terus-menerus sambil berjalan dekat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Apabila Raja Daud sampai di Bahurim, seorang dari tempat itu datang menghampiri rombongan raja sambil mengutuki Raja Daud. Orang itu bernama Simei anak Gera, salah seorang sanak saudara Raja Saul.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Apabila Raja Daud sampai di Bahurim, seorang dari tempat itu datang menghampiri rombongan raja sambil mengutuki Raja Daud. Orang itu bernama Simei anak Gera, salah seorang sanak saudara Raja Saul.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 16:5
22 Iomraidhean Croise  

Kemudian dalam keadaan lelah, tibalah raja dan kesemua rakyat yang menyertainya di tempat tujuan. Di sana berehatlah Daud.


Lalu kata raja kepada Ziba, “Sekarang, segala milik Mefiboset ialah milikmu.” Jawab Ziba, “Hamba bersujud. Semoga hamba selalu mendapat restu Tuanku Raja.”


Dia melempari Daud dan semua pegawai Raja Daud dengan batu, walaupun seluruh pasukan dan semua kesateria berada di kanan kiri Daud.


Namun demikian, kali itu ada seorang pemuda yang melihat mereka lalu melaporkannya kepada Absalom. Oleh itu, Yonatan dan Ahimaas segera pergi, lalu sampai di rumah seseorang di Bahurim yang mempunyai perigi di halamannya. Mereka pun turun ke dalam perigi itu.


Abialbon, orang Bet-Araba; Azmawet, orang Bahurim;


Suaminya berjalan menyertai dia sambil menangis. Diikutinya isterinya sampai ke Bahurim, lalu kata Abner kepadanya, “Pulanglah engkau!” Maka pulanglah dia.


Pada waktu itu di puri Susan ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair anak Simei anak Kish, seorang Benyamin


Kerana Allah telah melepaskan tali busur-Nya dan menindas aku, mereka pun tidak mengekang diri di hadapanku.


Musuhku mencelaku sepanjang hari; mereka yang mencemuhku mengangkat sumpah memfitnahku.


Biarlah mereka menyumpah, tetapi Engkau memberkati; apabila mereka bangkit, biarlah mereka berasa malu, tetapi biarlah hamba-Mu bergembira.


Kerana mereka menganiaya orang yang telah Kauhukum dan memperkatakan kesedihan orang yang telah Kaulukakan.


kerana hanya itulah penutup dan pakaian pada tubuhnya; dengan apakah dia akan tidur? Jadi, jika dia berseru kepada-Ku, Aku akan mendengarkannya, kerana Aku ini maha pengasih.


Jangan menghina Allah dan jangan mengutuk seorang pemimpin bangsamu.


Seperti tangkasnya terbang burung pipit dan mengapungnya burung layang-layang, demikianlah kutukan tanpa alasan tidak akan hinggap pada sasarannya.


Usah mengutuk raja sekalipun hanya dalam fikiran dan di dalam bilik tidurmu, jangan mengutuk kalangan kaya kerana mungkin burung yang berterbangan kelak mengadu hal itu, dan para pemberi maklumat dapat memanjangkan kata-katamu.


Mereka akan melintasi negeri itu dengan susah payah dan kelaparan. Apabila mereka lapar, mereka akan marah dan mengutuk raja serta Allah mereka sambil menengadah ke langit.


Kata orang Filistin itu kepada Daud, “Apakah aku ini anjing sehingga engkau datang kepadaku dengan membawa tongkat?” Dia mengutuk Daud demi tuhan-tuhannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan