Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 13:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Lalu kata Yonadab kepadanya, “Berbaringlah di tempat tidurmu dan berpura-puralah sakit. Apabila ayahmu datang menjenguk kamu, katakanlah kepadanya, ‘Izinkanlah Tamar, adikku, datang memberi aku makanan serta menyiapkan makanan di hadapan mataku, sehingga aku dapat melihatnya dan makan daripada tangannya.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Yonadab berkata kepadanya, “Perkara itu tidak susah! Berpura-puralah sakit dan baringlah di tempat tidur. Apabila ayahanda tuan datang menziarahi tuan, katakan ini, ‘Ayah, benarkanlah Tamar datang untuk memberi saya makanan. Saya mahu dia memasak makanan di sini supaya saya dapat melihat dia, dan dia sendiri menghidangkan makanan itu kepada saya.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Yonadab berkata kepadanya, “Perkara itu tidak susah! Berpura-puralah sakit dan baringlah di tempat tidur. Apabila ayahanda tuan datang menziarahi tuan, katakan ini, ‘Ayah, benarkanlah Tamar datang untuk memberi saya makanan. Saya mahu dia memasak makanan di sini supaya saya dapat melihat dia, dan dia sendiri menghidangkan makanan itu kepada saya.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 13:5
8 Iomraidhean Croise  

Yonadab bertanya kepadanya, “Wahai anak raja, mengapa engkau begitu merana pagi demi pagi? Tidakkah engkau mahu memberitahu aku?” Jawab Amnon kepadanya, “Aku jatuh cinta pada Tamar, adik perempuan Absalom, saudaraku itu.”


Maka berbaringlah Amnon dan berpura-pura sakit. Ketika raja datang menjenguknya, Amnon berkata kepada raja, “Izinkanlah Tamar, adikku, datang membuatkan aku penganan juadah di hadapan mataku, supaya aku makan daripada tangannya.”


Jawab Ahitofel kepada Absalom, “Hampirilah para gundik ayah tuanku yang ditinggalkannya untuk menunggui istana. Apabila semua orang Israel mendengar bahawa tuanku dibenci oleh ayah tuanku kerana perbuatan tuanku, maka semua orang yang menyertai tuanku akan dikuatkan keyakinan mereka.”


Hai anakku, jika engkau berhenti mendengar didikan, maka engkau terus menyimpang daripada kata-kata berisi pengetahuan.


Kamu dan ahli-ahli Majlis Agama tolonglah minta ketua pasukan tentera itu hadapkan Paulus kepada kamu esok, seolah-olah kerana kamu hendak meneliti perkara itu dengan lebih halus lagi. Kami akan bersedia untuk membunuhnya sebelum dia sampai ke sini.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan