Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 13:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab. Dia anak Simea, abang Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab anak Simea; Simea ialah abang Raja Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab anak Simea; Simea ialah abang Raja Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 13:3
21 Iomraidhean Croise  

Ular memang lebih licik daripada mana-mana haiwan liar lain yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu, “Adakah Allah benar-benar berfirman, ‘Jangan kamu makan buah daripada mana-mana pun pokok di dalam taman ini’?”


Maka Yehuda pun pergi meninggalkan para saudaranya dan menumpang dengan seorang Adulam bernama Hira.


Yehuda mengirimkan anak kambing yang dijanjikannya melalui sahabatnya, seorang Adulam itu, dan juga untuk mengambil kembali barang-barang jaminannya daripada perempuan itu. Namun sahabatnya itu tidak berjaya menemui perempuan itu.


Amnon sedemikian tergoda sehingga dia jatuh sakit kerana Tamar, saudaranya yang sebapa itu, masih perawan. Nampaknya, sukar sekali bagi Amnon untuk melakukan sesuatu terhadapnya.


Tetapi Yonadab, anak Simea, abang Daud, angkat bicara. Katanya, “Jangan tuanku sangka bahawa semua anak raja yang muda itu tewas dibunuh. Hanya Amnon yang mati, kerana Absalom memang sudah berniat demikian sejak hari Amnon memperkosa Tamar, adiknya.


Yonadab bertanya kepadanya, “Wahai anak raja, mengapa engkau begitu merana pagi demi pagi? Tidakkah engkau mahu memberitahu aku?” Jawab Amnon kepadanya, “Aku jatuh cinta pada Tamar, adik perempuan Absalom, saudaraku itu.”


Maka Yoab menghantar orang ke Tekoa untuk menjemput seorang perempuan yang bijak dari sana. Lalu Yoab berkata kepadanya, “Berpura-puralah berkabung dan kenakanlah pakaian perkabungan. Jangan guna minyak wangi. Sebaliknya, bertindaklah seperti seorang perempuan yang sudah lama berkabung kerana kematian seseorang.


Ketika orang itu mencemuh orang Israel, maka Yonatan anak Simea, abang Daud, menewaskannya.


Isai beranakkan Eliab, anak sulungnya; Abinadab, anak kedua; Simea, anak ketiga;


Yonatan, ayah saudara Daud, ialah seorang penasihat, juga seorang jurutulis serta terkenal arif. Yehiel anak Hakhmoni menjadi pendamping anak-anak raja.


Namun begitu Haman menahan dirinya lalu pulang ke rumah. Maka dia mengundang para sahabatnya untuk datang menyertainya serta Zeres, isterinya.


Lalu Zeres, isterinya, dan semua sahabatnya berkata kepadanya, “Suruhlah orang membuat tempat penggantungan bertiang kayu setinggi lima puluh hasta dan esok pagi berbicaralah kepada raja supaya Mordekhai digantung pada tiang itu. Kemudian barulah engkau dapat pergi dengan gembira bersama-sama raja ke jamuan itu.” Usul itu dipandang baik oleh Haman, lalu disuruhnya orang membuat tempat penggantungan itu.


Haman menceritakan kepada Zeres, isterinya, dan kepada semua sahabatnya tentang segala yang dialaminya. Para bijaksana dan juga Zeres, isterinya, berkata kepadanya, “Jika air mukamu sudah mulai jatuh di hadapan orang Yahudi iaitu Mordekhai itu, maka kamu tidak akan sanggup mengalahkan dia. Sebaliknya, kamu pasti jatuh di hadapannya.”


Ramai orang yang meminta belas kasihan daripada orang yang pemurah, dan setiap orang hendak bersahabat dengan si pemberi hadiah.


“Memang bodoh umat-Ku itu, mereka tidak mengenal Aku. Mereka anak yang tolol dan mereka tidak mempunyai pengertian. Mereka pandai berbuat jahat, tetapi tidak tahu bagaimana harus berbuat baik.”


kerana apa yang dipandang dunia sebagai kebijaksanaan sebenarnya kebodohan di mata Allah. Telah tersurat: “Allah memerangkap orang bijak dengan kecerdikan mereka sendiri.”


Kebijaksanaan demikian tidak berasal dari syurga tetapi dari dunia, tabiat manusia yang berdosa, dan roh iblis.


Maka isteri Simson itu diberikan kepada kawannya iaitu bekas pengiring pengantinnya.


Tanya Samuel kepada Isai, “Inikah semua anakmu?” Jawabnya, “Masih ada yang bongsu, tetapi dia sedang menggembala kawanan domba.” Kata Samuel kepada Isai, “Suruhlah orang menjemput dia, kerana kita tidak akan duduk makan sebelum dia datang.”


Maka Isai menyuruh Syama lalu pula. Tetapi Samuel berkata, “Yang ini pun tidak dipilih TUHAN.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan