Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 13:29 - Alkitab Versi Borneo

29 Pelayan-pelayan Absalom pun memperlakukan Amnon sebagaimana diperintahkan Absalom. Maka bangkitlah semua anak raja, masing-masing menunggangi baghalnya lalu melarikan diri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

29 Hamba-hamba Absalom itu melaksanakan perintahnya lalu membunuh Amnon. Putera-putera Raja Daud yang lain menunggang baghal masing-masing dan melarikan diri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

29 Hamba-hamba Absalom itu melaksanakan perintahnya lalu membunuh Amnon. Putera-putera Raja Daud yang lain menunggang baghal masing-masing dan melarikan diri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 13:29
13 Iomraidhean Croise  

Kata raja kepada mereka, “Bawalah pegawai aku dan naikkanlah Salomo, anakku, ke atas baghal kenderaanku sendiri, lalu hantarlah dia ke Gihon.


Kemudian bertemulah Absalom dengan anak-anak buah Daud. Pada waktu itu Absalom sedang menunggang seekor baghal. Ketika baghal itu sampai di bawah jalinan dahan sebuah pokok oak yang besar, kepala Absalom tersangkut pada pokok oak itu. Dia tergantung di antara langit dengan bumi, sedangkan baghal yang ditungganginya terus berlari.


Kedua-dua belah tangan mereka terampil berbuat jahat, para pembesar meminta hadiah, para hakim menerima rasuah, dan orang besar berbicara jahat sesuka hati. Demikianlah mereka bermuafakat bersama-sama.


Jika seorang penguasa mendengar kata-kata dusta, maka semua pegawainya menjadi durjana.


Berpegang teguhlah pada segala peraturan-Ku. Jangan membiak baka kacukan daripada dua jenis haiwan ternakanmu. Jangan semai dua jenis benih bijirin di ladangmu. Jangan kenakan pada tubuhmu pakaian yang ditenun daripada dua jenis benang.


Anak Zibeon ialah Aya dan Ana. Dan Ana inilah yang menemukan mata air panas di gurun sewaktu dia menggembala keldai Zibeon, ayahnya.


Sementara mereka masih dalam perjalanan, sampailah berita kepada Daud yang mengatakan, “Absalom telah membunuh semua anak raja. Tiada seorang pun daripada mereka yang selamat.”


Maka pergilah imam Zadok, nabi Natan, dan Benaya anak Yoyada, dengan orang Kreti serta orang Pleti. Mereka menaikkan Salomo ke atas baghal Raja Daud dan menghantar dia ke Gihon.


Maka sekarang, pedang tidak akan dijauhkan daripada keluargamu untuk selama-lamanya, kerana engkau telah meremehkan Aku dan mengambil isteri Uria, orang Het itu, menjadi isterimu.’


Hambamu ini mempunyai dua orang anak lelaki. Suatu ketika, mereka berkelahi di padang. Tidak ada seorang pun yang meleraikan mereka, lalu anak yang satu memukul anak yang lain dan membunuh dia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan