Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 13:22 - Alkitab Versi Borneo

22 Absalom tidak mahu bicara sepatah kata pun dengan Amnon, tentang yang baik ataupun yang buruk. Dia membenci Amnon kerana Amnon telah memperkosa adiknya, Tamar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

22 Absalom sangat mendendami Amnon dan tidak mahu bercakap dengan dia lagi, kerana Amnon sudah merogol Tamar, adiknya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

22 Absalom sangat mendendami Amnon dan tidak mahu bercakap dengan dia lagi, kerana Amnon sudah merogol Tamar, adiknya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 13:22
19 Iomraidhean Croise  

Laban dan Betuel menjawab, “Semua ini berasal daripada TUHAN. Kami tidak dapat mengatakan kepadamu baik atau buruknya.


Namun demikian, pada malam harinya Allah datang dalam suatu mimpi kepada Laban, orang Aram itu, serta berfirman kepadanya, “Awas, jangan katakan apa-apa pun, sama ada yang baik atau yang buruk kepada Yakub!”


Aku berkuasa untuk menyakitimu, tetapi semalam Allah ayahmu berfirman kepadaku, ‘Awas, jangan katakan apa-apa pun sama ada yang baik atau yang buruk kepada Yakub!’


Ketika Raja Daud mendengar semua hal itu, dia menjadi sangat marah.


Sesiapa yang menyembunyikan kebencian bermulut dusta, dan sesiapa yang menyebar fitnah tidak berakal.


Bicarakanlah perkaramu dengan jiranmu, tetapi jangan buka rahsia orang lain,


Si pembenci berpura-pura dengan bibirnya, tetapi dalam hatinya ia menyimpan tipu daya.


Sekalipun kebenciannya ditutupi tipu daya, kejahatannya akan nyata dalam jemaah.


Jangan hatimu cepat marah kerana amarah mendongkol dalam dada orang bodoh.


“Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu.


“Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam,


Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat.


Tetapi sesiapa yang benci akan saudaranya hidup dalam kegelapan. Dia melangkah dalam kegelapan dan tidak tahu ke mana hala tujunya, kerana kegelapan telah membutakannya.


Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang.


Dengan demikian nyatalah perbezaan antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis. Orang yang tidak melakukan apa yang benar bukanlah anak Allah, demikian juga orang yang tidak mengasihi saudaranya.


Janganlah kita bertindak seperti Kain yang asalnya daripada Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah dia membunuh adiknya? Semata-mata kerana perbuatannya salah sedangkan perbuatan adiknya benar.


Sesiapa yang benci akan saudaranya ialah pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal dalam dirinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan