Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 13:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Jawab gadis itu kepadanya, “Tidak, abangku, jangan perkosa aku, kerana hal semacam itu tidak patut dilakukan di Israel. Jangan kaulakukan perbuatan bodoh ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 “Jangan!” kata Tamar. “Janganlah paksa saya melakukan perkara sehina itu. Hal seperti itu tidak pernah berlaku di Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 “Jangan!” kata Tamar. “Janganlah paksa saya melakukan perkara sehina itu. Hal seperti itu tidak pernah berlaku di Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 13:12
12 Iomraidhean Croise  

Apabila Sikhem anak Hamor, orang Hewi, anak raja negeri itu terlihat Dina, dia menculik lalu memperkosa gadis itu.


Sekembalinya para anak Yakub dari padang mereka mendengar khabar itu. Amat terluka hati dan sangat marah mereka kerana Sikhem berlaku amat keji terhadap warga Israel dengan meniduri anak perempuan Yakub, suatu perbuatan yang tidak patut dilakukan.


kulihat di antara orang yang betul bendul, dan kuperhatikan dalam kalangan teruna, seorang muda yang tidak berakal budi.


kerana mereka telah melakukan kekejian di Israel. Mereka telah berzina dengan isteri jiran mereka dan telah mengucapkan perkataan dusta atas nama-Ku — hal yang tidak pernah Kuperintahkan kepada mereka. Aku mengetahuinya dan menjadi saksinya,’ demikianlah firman TUHAN.”


Jangan meniduri adik tiri perempuan daripada isteri ayahmu yang melahirkannya baginya, kerana dia saudara perempuanmu, jangan engkau menidurinya.


Jangan meniduri saudara perempuanmu, anak ayahmu atau anak ibumu, baik yang lahir serumah mahupun yang lahir di luar. Jangan menidurinya.


Jika seorang lelaki memperisteri saudara perempuannya, sama ada anak ayahnya atau anak ibunya, maka dia seterusnya melihat aurat perempuan itu dan perempuan itu melihat auratnya, maka perkara itu sesuatu yang memalukan. Hendaklah mereka disingkirkan daripada depan mata umat sebangsa mereka. Atas sebab lelaki itu telah meniduri saudara perempuannya, maka hendaklah dia menanggung kesalahannya.


maka hendaklah gadis itu dibawa ke luar, ke depan pintu rumah ayahnya. Kemudian orang lelaki kota itu harus merejam dia sampai mati, kerana ia telah melakukan hal yang keji di Israel dengan bersundal di rumah ayahnya. Demikianlah harus kamu singkirkan yang jahat itu daripada kalanganmu.


maka hendaklah lelaki yang meniduri gadis itu memberikan lima puluh syikal perak kepada ayah gadis itu, dan hendaklah gadis itu dijadikannya isterinya kerana dia telah memperkosanya dan dia tidak boleh mengusir perempuan itu seumur hidupnya.


Keluarlah pemilik rumah itu menemui mereka dan berkata kepada mereka, “Tidak, janganlah saudara-saudaraku berbuat jahat kerana lelaki ini telah masuk ke rumahku, janganlah kamu berbuat kerja durjana itu.


Maka kuambillah mayat gundikku lalu kupotong-potong mayatnya dan kukirimkan ke seluruh daerah harta pusaka orang Israel lantaran lelaki-lelaki itu telah melakukan kedurjanaan dan berbuat aib di Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan