Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 11:26 - Alkitab Versi Borneo

26 Ketika isteri Uria mendengar bahawa Uria, suaminya, telah gugur, dia pun meratapi suaminya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

26 Apabila Batsyeba mendengar bahawa suaminya telah terbunuh, dia berkabung baginya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

26 Apabila Batsyeba mendengar bahawa suaminya telah terbunuh, dia berkabung baginya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 11:26
8 Iomraidhean Croise  

Esau benci dan berdendam terhadap Yakub atas sebab berkat yang dipohonkan ayahnya untuk Yakub. Kata Esau kepada dirinya, “Akan tiba hari perkabungan ayahku dan pada waktu itulah aku akan membunuh Yakub, adikku.”


Apabila mereka tiba di tempat pembantingan Atad, yang terletak di seberang Sungai Yordan, merataplah mereka dengan suara yang kuat lagi memilukan. Lalu Yusuf menetapkan tujuh hari perkabungan untuk ayahnya.


Kemudian berkatalah Daud kepada pesuruh itu, “Beginilah harus kaukatakan kepada Yoab, ‘Janganlah susah hatimu kerana hal itu, kerana pedang memang makan korban, entah yang ini atau yang itu. Perhebatlah peperanganmu untuk melawan kota itu, dan runtuhkanlah.’ Engkau juga harus menguatkan hatinya.”


Maka Yoab menghantar orang ke Tekoa untuk menjemput seorang perempuan yang bijak dari sana. Lalu Yoab berkata kepadanya, “Berpura-puralah berkabung dan kenakanlah pakaian perkabungan. Jangan guna minyak wangi. Sebaliknya, bertindaklah seperti seorang perempuan yang sudah lama berkabung kerana kematian seseorang.


Kemudian berkatalah Daud kepada Yoab dan kepada seluruh rakyat yang menyertainya, “Koyakkanlah pakaianmu, lilitkanlah kain kabung, dan merataplah di depan jenazah Abner.” Raja Daud sendiri pun turut mengiringi kerandanya.


Sebaik sahaja Ahab mendengar bahawa Nabot sudah mati, segeralah dia pergi ke kebun anggur Nabot, orang Yizreel itu, untuk mengambilnya menjadi miliknya.


Orang Israel menangisi Musa di dataran Moab selama tiga puluh hari. Setelah itu, selesailah masa tangisan dan perkabungan kerana Musa.


Lalu mereka mengambil tulang-tulang itu dan menguburkan semuanya di bawah pokok tamariska di Yabesh. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan