Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 11:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Pada suatu petang, Daud bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan-jalan di atas bumbung istana raja, dan dari atap itu dia terlihat seorang perempuan yang sedang mandi. Sangat cantiknya perempuan itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 11:2
28 Iomraidhean Croise  

Ketika hampir memasuki Mesir, berkatalah dia kepada Sarai, isterinya, “Dengarlah, kamu seorang perempuan dan rupa parasmu cantik.


Apabila perempuan itu melihat bahawa buah pokok itu bagus sebagai makanan dan nampak sedap, apatah lagi buah itu mampu membuat seseorang menjadi bijaksana, dia pun mengambilnya lalu memakannya. Dia juga memberikan buah itu kepada suaminya yang bersama-samanya, dan suaminya juga memakannya.


Apabila Sikhem anak Hamor, orang Hewi, anak raja negeri itu terlihat Dina, dia menculik lalu memperkosa gadis itu.


Lalu dia menyerahkan segala harta bendanya untuk ditadbir urus oleh Yusuf, dan dengan bantuan Yusuf dia tidak perlu memikirkan apa-apa lagi selain makanan yang hendak dimakannya. Yusuf seorang yang berbadan tegap dan tampan parasnya.


anak-anak Allah melihat betapa elok paras rupa anak perempuan manusia itu. Lalu mereka memperisteri sesiapa sahaja perempuan yang dipilih mereka.


Beberapa lama selepas itu anak Daud, Absalom, mempunyai seorang adik perempuan kandung bernama Tamar yang cantik dan Amnon, anak Daud, jatuh cinta kepadanya.


Lahirlah bagi Absalom tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang cantik parasnya, bernama Tamar.


Anak-anak Rimon, orang Beerot itu, yakni Rekhab dan Baana, berangkat ke rumah Isyboset dan tiba di situ pada hari yang panas terik. Ketika itu Isyboset sedang berehat tengah hari.


Ketika mereka masuk ke dalam rumah itu, Isyboset sedang berbaring di atas katil dalam bilik tidurnya. Mereka menikam lantas membunuhnya, dan memenggal kepalanya. Lalu mereka membawa kepalanya itu dan berjalan semalam-malaman melalui jalan Araba.


“Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku, bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi?


Alihkanlah mataku daripada memandang segala yang tidak berfaedah; dan pulihkan aku di jalan-Mu.


Kemalasan membawa tidur lelap, dan orang yang menganggur akan kelaparan.


Daya tarikan memperdaya dan kecantikan cuma kesia-siaan, tetapi perempuan yang takut kepada TUHAN akan dipuji-puji.


Janganlah hatimu mendambakan kecantikannya, jangan biarkan dia menjebakmu dengan kelopak matanya.


Dia melintasi jalan dekat persimpangan lalu melangkah menuju rumah perempuan sebegitu


Rumah di Yerusalem dan rumah raja-raja Yehuda akan menjadi najis seperti tempat Tofet, iaitu semua rumah yang bumbungnya menjadi tempat membakar dupa bagi segala benda langit dan tempat mencurahkan persembahan minuman kepada tuhan lain.” ’ ”


Apa yang Kukatakan kepadamu secara rahsia, sampaikanlah secara terang-terang. Apa yang dibisikkan di telingamu, umumkanlah dari atas bumbung.


Orang yang di atas bumbung ketika itu janganlah masuk ke rumah mengambil apa-apa.


Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati.


Esoknya, ketika mereka dalam perjalanan dan hampir sampai ke Yope, Petrus naik ke atas bumbung rumah untuk berdoa, kira-kira jam keenam.


Apabila kamu membina rumah baru, pasanglah pagar di sekeliling pinggir atapnya supaya jangan kamu tanggung hutang darah atas rumahmu jika seseorang jatuh dari situ.


Jangan ingini isteri sesamamu. Jangan dambakan rumah sesamamu, demikian pula ladangnya, hambanya baik lelaki mahupun perempuan, lembunya, keldainya, atau apa-apa pun yang dimiliki oleh sesamamu.’


Sudah hampir waktunya bagi segala-galanya berakhir. Oleh itu, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berjaga-jaga.


Segala yang ada di dunia ini — keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup — bukanlah daripada Bapa tetapi daripada dunia.


Setelah mereka turun dari bukit pemujaan ke dalam kota, Samuel bercakap dengan Saul di atas bumbung rumah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan