2 Samuel 11:16 - Alkitab Versi Borneo16 Jadi, ketika Yoab mengepung kota itu, dia menempatkan Uria di tempat yang diketahuinya bertumpu para kesateria yang gagah perkasa. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)16 Maka sementara Yoab mengepung kota itu, dia menyuruh Uria pergi ke tempat yang setahunya dikawal ketat oleh musuh. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik16 Maka sementara Yoab mengepung kota itu, dia menyuruh Uria pergi ke tempat yang setahunya dikawal ketat oleh musuh. Faic an caibideil |
Apatah lagi, engkau juga tahu apa yang dilakukan Yoab, anak Zeruya, terhadapku, iaitu apa yang dilakukannya terhadap Abner anak Ner dan Amasa anak Yeter, kedua-duanya panglima tentera Israel. Dia membunuh mereka dan menumpahkan darah peperangan pada masa damai, sehingga darah peperangan melumuri ikat pinggang serta kasut kakinya.
Kemudian untuk kali keduanya Yehu menulis surat kepada orang itu, bunyinya, “Jika kamu memihak kepadaku dan mahu menuruti kata-kataku, penggallah kepala anak-anak tuanmu dan datanglah kepadaku di Yizreel, esok pada waktu seperti ini.” Kesemua tujuh puluh orang anak raja itu tinggal bersama-sama para pembesar kota yang membesarkan mereka.