Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 11:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada musim bunga, iaitu masa raja-raja mara untuk berperang, Daud mengutus Yoab dan para pegawainya serta seluruh orang Israel untuk berperang. Mereka menggempur bani Amon dan mengepung Kota Raba. Namun begitu, Daud sendiri tidak turut mara tetapi tinggal di Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja-raja biasanya pergi berperang pada musim bunga. Pada musim bunga tahun itu, Raja Daud menyuruh Yoab maju berperang bersama dengan para pegawai tentera dan segenap tentera Israel. Mereka mengalahkan orang Amon dan mengepung kota Raba, tetapi Raja Daud tinggal di Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja-raja biasanya pergi berperang pada musim bunga. Pada musim bunga tahun itu, Raja Daud menyuruh Yoab maju berperang bersama dengan para pegawai tentera dan segenap tentera Israel. Mereka mengalahkan orang Amon dan mengepung kota Raba, tetapi Raja Daud tinggal di Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 11:1
15 Iomraidhean Croise  

Apabila bani Amon melihat bahawa orang Aram melarikan diri, maka mereka pun lari dari hadapan Abisai lalu masuk ke dalam kota. Sesudah itu kembalilah Yoab daripada memerangi bani Amon, lalu tiba di Yerusalem.


Kemudian nabi itu datang menghadap Raja Israel dan berkata kepadanya, “Pergilah, kuatkanlah hatimu. Fikirkan dan pertimbangkanlah apa yang harus kaulakukan, kerana pada tahun yang berikut raja Aram akan maju menyerang engkau lagi.”


Pada tahun yang berikut, Benhadad mengerahkan pasukan Aram lalu maju ke Afek untuk berperang melawan orang Israel.


Maka pada musim bunga tahun yang baru, ketika para raja maju berperang, Yoab membawa keluar bala tenteranya. Lalu dia memusnahkan negeri bani Amon dan pergi mengepung Kota Raba. Namun begitu, Daud sendiri tinggal di Yerusalem. Yoab mengalahkan Kota Raba dan meruntuhkannya.


Pada pergantian tahun, Raja Nebukadnezar menyuruh agar Yoyakhin dibawa ke Babel berserta dengan segala alat kelengkapan yang indah-indah dari Bait TUHAN. Lalu dia menobatkan Zedekia, saudara ayah Yoyakhin, menjadi raja atas Yehuda dan Yerusalem.


Siapa akan membawaku ke dalam kota perkasa itu? Siapa akan memimpinku ke Edom?


ada waktu untuk mengasihi, ada waktu untuk membenci; ada waktu untuk berperang, ada waktu untuk berdamai.


Maka sesungguhnya, waktunya akan datang” demikianlah firman TUHAN, “bahawa Aku akan memperdengarkan tempik sorak peperangan menentang Raba, kota bani Amon. Kota itu akan menjadi timbunan puing yang sunyi sepi dan kampung-kampungnya akan dibakar habis. Maka Israel akan memiliki orang yang dahulu memilikinya,” demikianlah firman TUHAN.


“Meraung-raunglah, wahai Hesbon, kerana Ai dirosakkan! Berteriaklah, wahai puteri-puteri Raba, lilitkanlah kain perkabungan, merataplah dan berjalanlah ke sana ke mari di balik tembok, kerana Milkom akan diangkut ke tempat pembuangan dengan para imam dan pemukanya sekali gus.


Tandailah jalan yang harus dilalui pedang itu menuju Raba, kota bani Amon, dan juga jalan menuju Yehuda dengan kubunya di Yerusalem.


maka Aku akan menyalakan api di tembok Raba, yang akan merentungkan segala purinya diiringi pekikan pada hari peperangan, diiringi badai pada hari berlaku angin puting beliung.


Setelah itu, TUHAN akan maju berperang melawan bangsa-bangsa itu seperti ketika Dia berperang pada hari pertempuran.


(Hanya Og, raja Basan itu, yang masih tinggal hidup daripada saki-baki orang Refaim. Bukankah tempat tidurnya, katil daripada besi, masih tersimpan di Raba, kota bani Amon? Panjangnya sembilan hasta dan lebarnya hampir empat hasta, menurut hasta yang lazim.)”


Para pemimpin Filistin terus maju berperang dan sebagaimana kerapnya mereka maju untuk memerangi tentera orang Israel, Daud lebih berhasil daripada semua pegawai Saul, sehingga namanya menjadi sebegitu masyhur lagi dikagumi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan