Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




2 Samuel 1:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Dia bertanya kepada hamba, ‘Siapakah engkau?’ Jawab hamba kepadanya, ‘Hamba ini seorang Amalek.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Baginda bertanya siapa saya, lalu saya memberitahu baginda bahawa saya orang Amalek.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Baginda bertanya siapa saya, lalu saya memberitahu baginda bahawa saya orang Amalek.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




2 Samuel 1:8
12 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka kembali menyerang En-Mispat, iaitu Kadesh, dan menakluki seluruh negeri orang Amalek dan juga orang Amori yang tinggal di Hazezon-Tamar.


Kemudian Daud bertanya kepada orang muda yang menyampaikan khabar itu kepadanya, “Dari manakah asalmu?” Jawabnya, “Hamba ini anak seorang pendatang, seorang Amalek.”


Ketika dia menoleh ke belakang, dia melihat hamba lalu memanggil hamba. Hamba menjawab, ‘Daulat, Tuanku.’


Lalu katanya kepadaku, ‘Tolong, berdirilah di sisiku dan bunuhlah aku, kerana aku sekarat tetapi masih bernyawa.’


Kemudian dia memandang orang Amalek lalu menyambung wacananya, katanya, “Amalek adalah yang pertama dalam bangsa-bangsa, tetapi kesudahannya ialah kemusnahan yang mutlak.”


Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ”


Maka Daud dan para pahlawannya bergerak maju dan menyerbu orang Gesur, orang Girzi dan orang Amalek; kerana orang itu memang penduduk asal negeri itu yang membentang dari Telam ke arah Syur sampai Tanah Mesir.


Setibanya Daud dan anak buahnya di Ziklag pada hari ketiganya, ternyata orang Amalek telah menyerang Tanah Negeb dan Ziklag. Mereka mengalahkan serta membakar habis Ziklag.


Tanya Daud kepadanya, “Kamu ini hamba siapa dan engkau dari mana?” Jawabnya, “Hamba ini seorang pemuda Mesir yang menjadi hamba seorang Amalek. Tuan meninggalkan hamba kerana tiga hari yang lalu hamba jatuh sakit.


Kemudian keesokan harinya Daud menyerang mereka sejak dinihari sampai waktu maghrib. Tiada seorang pun daripada mereka yang terselamat, kecuali empat ratus orang pemuda yang melarikan diri dengan menunggang unta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan