Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Yahya 5:4 - Alkitab Versi Borneo

4 kerana sesiapa yang lahir daripada Allah menewaskan dunia. Inilah kemenangan yang mengalahkan dunia, iaitu iman kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Kŭrna barang siapa yang dipŭranakkan Allah, iyalah mŭngalahkan dunia; maka inilah kamŭnangan yang mŭngalahkan dunia itu, iya itu iman kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 kerana setiap anak Allah dapat mengalahkan dunia ini. Kita mengalahkan dunia ini dengan iman kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 kerana setiap anak Allah dapat mengalahkan dunia ini. Kita mengalahkan dunia ini dengan iman kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Yahya 5:4
21 Iomraidhean Croise  

Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.


Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.”


Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah.”


Tetapi syukurlah kepada Allah yang telah memberi kita kemenangan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.


Jika kamu tahu bahawa Dia itu benar, maka kamu harus tahu bahawa orang yang melakukan apa yang benar, lahir daripada Allah.


Sesiapa yang lahir daripada Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada dalam dirinya. Oleh sebab dia lahir daripada Allah, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan.


Namun demikian, anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan nabi-nabi palsu itu, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.


Sesiapa percaya bahawa Yesus ialah Kristus, maka orang itu lahir daripada Allah. Sesiapa mengasihi Bapa mengasihi anak-Nya juga.


Kita tahu bahawa sesiapa yang lahir daripada Allah tidak melakukan dosa berterusan; Dia yang datang daripada Allah melindungi dirinya lantas Iblis tidak berupaya menyesatkannya.


Siapakah yang dapat menewaskan dunia? Hanya orang yang percaya bahawa Yesus Anak Allah.


Mereka telah menumpaskannya dengan darah Anak Domba dan dengan kata-kata kesaksian mereka, dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati.


Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Mereka yang menang tidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.”


Kepada yang menang dan melakukan kehendak-Ku sampai akhir akan Kuanugerahi kekuasaan ke atas bangsa-bangsa.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Kepada yang menang akan Kuizinkan makan buah dari pokok hayat di Taman Firdaus Allah.”


Aku akan menjadikan dia yang menang seperti tiang di Bait Suci Allah-Ku dan dia akan tetap tinggal di situ. Aku akan menulis pada dirinya nama Allah dan Kota Allah, iaitu Yerusalem baru yang akan diturunkan Allah dari syurga, juga nama-Ku yang baru.


Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya.


Kepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan