Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Yahya 5:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Jika kita mengasihi Allah, maka kita taat akan perintah Allah. Tidak sukar bagi kita untuk taat akan perintah-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna inilah dia kasih Allah, tŭgal kami mŭmliharakan hukum hukumannya; adapun hukum hukumannya itu tiadalah sukar adanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Yahya 5:3
26 Iomraidhean Croise  

Dia berpaut kepada TUHAN, tidak menyimpang melainkan terus mengikuti Dia, serta berpegang teguh pada perintah-perintah yang diberikan TUHAN kepada Musa.


Janji-Mu sudah teruji, dan hamba-Mu mencintainya.


Dan aku akan melangkah dengan bebas, kerana aku mencari ajaran-ajaran-Mu.


Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.


Jalan-jalannya jalan keselesaan, dan segala lorongnya kesejahteraan.


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengakui segala dosa, demikian, “Ya Tuhan, Allah, Yang Maha Besar dan terlalu mengagumkan, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi terhadap orang yang mencintai Engkau serta berpegang teguh pada segala perintah-Mu!


Wahai manusia, engkau telah diberitahu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN daripadamu selain menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?


Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu.


“Jika kamu mengasihi-Ku, kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku.


Jika kamu menurut perintah-Ku, kamu akan tetap dalam kasih-Ku; sebagaimana Aku menurut perintah Bapa dan tetap dalam kasih-Nya.


Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan.


Jadi, hukum itu suci, dan perintah itu suci, benar serta baik.


Kerana dalam jiwaku aku suka akan hukum Allah


Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.


Oleh sebab itu ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, Dia Allah, Allah yang setia, yang berpegang teguh pada perjanjian, dan menunjukkan rahmat-Nya terhadap orang yang mengasihi-Nya serta yang berpegang teguh pada perintah-perintah-Nya, sampai beribu-ribu keturunan.


Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu, Tuhan berfirman. Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Jika kita taat akan perintah Allah, benarlah kita mengenal-Nya.


Inilah kasih, iaitu mengasihi bermakna hidup mengikut perintah Allah. Inilah perintah yang kamu dengar dari mulanya: Kamu haruslah kasih-mengasihi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan