Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Yahya 5:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Kesaksian itu ialah: Allah memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

11 Maka inilah saksi itu, bahwa Allah tŭlah mŭngurniakan pada kami hayat kŭkal, adapun hayat ini ada dalam anaknya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Inilah kesaksian itu: Allah sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Inilah kesaksian itu: Allah sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Yahya 5:11
37 Iomraidhean Croise  

Mereka itu akan menanggung hukuman selama-lamanya, manakala mereka yang benar akan menikmati hidup kekal.”


Inilah kesaksian Yohanes, apabila orang Yahudi di Yerusalem mengutus para imam dan orang Lewi untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”


Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia.


Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku.


Aku tahu bahawa perintah-Nya itu membawa hidup kekal. Oleh itu, apa yang Kukatakan, Kusampaikan sebagaimana disuruh oleh Bapa-Ku.”


Yesus menjawab, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.


Maka dia yang melihatnya merakamkan sebagai kesaksian, dan rakamannya itu benar. Dia tahu bahawa dia bercakap benar, supaya kamu percaya.


Sesiapa yang percaya kepada Anak itu mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang tidak taat kepada-Nya tidak akan mendapat hidup yang kekal itu dan kemurkaan Allah kekal ke atasnya.


Orang yang menuai akan menerima upah dan mendapat hasil untuk hidup kekal. Dengan demikian, penyemai benih dan penuai akan bergembira bersama-sama.


Dalam perjalanan-Nya itu, Yesus semestinya melalui Samaria.


Bapa membangkitkan manusia daripada kematian dan memberi hidup, maka demikian jugalah Anak-Nya memberi hidup kepada mereka yang dikehendaki-Nya.


Bapa sumber hidup, maka Dia menjadikan Anak-Nya juga sumber hidup.


Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir.”


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, orang yang percaya mendapat hidup yang kekal.


Simon Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, kepada siapa lagi akan kami pergi? Engkaulah yang memiliki kata-kata hidup yang kekal.


Oleh itu, sebagaimana dosa telah bertakhta dalam kematian, maka kasih kurnia akan bertakhta melalui perbenaran untuk membawakan kehidupan kekal melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.


Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.


Namun demikian, justeru itulah aku dikasihani, supaya Yesus Kristus dapat menunjukkan kesabaran-Nya yang tidak terhingga, sebagai contoh kepada orang yang akan beriman kepada-Nya untuk hidup kekal.


Iman dan pengetahuan itu berasaskan harapan untuk memperoleh hidup yang kekal. Allah tidak berdusta, Dia telah menjanjikan hidup ini sebelum permulaan zaman.


Inilah yang dijanjikan kepada kita, iaitu hidup yang kekal.


Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita.


Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal.


Oleh yang demikian, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah menyimpan kesaksian itu dalam dirinya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, maka dia menuduh Allah itu pendusta kerana dia tidak percaya akan kesaksian-Nya tentang Anak-Nya.


Kita tahu bahawa Anak Allah telah datang dan memberi kita pengertian, supaya kita mengenal Dia yang benar. Kita ada di dalam Dia yang benar bahkan di dalam Anak-Nya, Yesus Kristus. Inilah Allah yang benar dan hidup yang kekal.


Ada tiga yang memberikan kesaksian:


Demetrius menerima kesaksian baik daripada setiap orang, malah daripada kebenaran itu sendiri. Kami juga memberinya kesaksian baik, dan kamu tahu bahawa kami menyatakan apa yang benar.


Hiduplah di bawah naungan kasih Allah sementara menunggu belas kasihan Tuhan kita Yesus Kristus yang akan menganugerahimu hidup kekal.


Maka Yohanes pun bersaksi tentang semua yang telah dilihatnya iaitu Firman Allah dan kesaksian Yesus Kristus.


Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan