Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Yahya 5:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Oleh yang demikian, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah menyimpan kesaksian itu dalam dirinya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, maka dia menuduh Allah itu pendusta kerana dia tidak percaya akan kesaksian-Nya tentang Anak-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

10 Maka barang sa’orang yang pŭrchaya akan anak Allah itu, adalah saksi itu dalam dirinya sŭndiri: maka barang siapa yang tiada pŭrchaya akan Allah dijadikannya akan dia pŭmbohong; ulih sŭbab iya tiada pŭrchaya akan saksi yang tŭlah disaksikan Allah deri hal anaknya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Oleh itu, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah, mempunyai kesaksian itu di dalam hatinya. Tetapi sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, menjadikan Allah pendusta, kerana orang itu tidak percaya kepada apa yang difirmankan Allah tentang Anak-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Oleh itu, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah, mempunyai kesaksian itu di dalam hatinya. Tetapi sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, menjadikan Allah pendusta, kerana orang itu tidak percaya kepada apa yang difirmankan Allah tentang Anak-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Yahya 5:10
22 Iomraidhean Croise  

Jika tidak demikian adanya, siapa dapat membuktikan aku berdusta dan meniadakan kata-kataku?”


Rahsia TUHAN ada pada mereka yang takut kepada-Nya; dan Dia akan menunjukkan mereka perjanjian-Nya.


kerana orang yang mungkar adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi Dia akrab dengan orang yang tulus ikhlas.


Siapakah yang mempercayai khabar kami, dan kepada siapakah kuasa TUHAN dinyatakan?


Mengapa deritaku terus berlanjutan dan lukaku sangat parah, tidak mahu sembuh? Sungguh, Engkau seperti sungai yang menipu bagiku, air yang tidak dapat diharapkan.


Allah bukanlah manusia sehingga Dia berbohong, bukan anak manusia sehingga Dia menyesal dan berubah fikiran. Jika Dia berfirman, tidak akankah Dia lakukannya? Jika Dia berbicara, tidak akankah Dia laksanakannya?


Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.


Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukuman. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya sudah pun dijatuhi hukuman, kerana dia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah.


Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar.


Firman-Nya tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa.


Filipus berkata, “Jika kamu percaya sepenuh hati, kamu boleh dibaptiskan.” Sida-sida itu menjawab, “Aku percaya bahawa Yesus Kristus itu Anak Allah.”


Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah.


Sekarang aku berkata bahawa waris, selagi dia masih kanak-kanak, tidak berbeza daripada hamba, walaupun dia tuan kepada segala miliknya.


Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.”


Kerana kamu telah mati, dan hidupmu tersembunyi bersama Kristus dalam Allah.


Awaslah, saudara-saudara, jangan ada dalam diri seorang pun daripadamu hati durjana yang tidak beriman lalu berpaling daripada Allah yang hidup.


Dengan demikian, kata-kata nubuat yang ada pada kami menjadi lebih jelas. Terimalah kata-kata nubuat ini seperti lampu yang bersinar di tempat gelap, hingga fajar menyingsing dan bintang pagi terbit dalam hatimu.


Namun sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak pernah berdosa, kita menuduh Allah itu pendusta, dan firman-Nya tidak ada dalam diri kita.


Sesiapa percaya bahawa Yesus ialah Kristus, maka orang itu lahir daripada Allah. Sesiapa mengasihi Bapa mengasihi anak-Nya juga.


Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.”


Aku akan menganugerahi mereka bintang fajar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan