Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Yahya 3:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Sesiapa yang berbuat dosa, dia melakukan keleluasaan kerana dosa itu perbuatan keleluasaan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Maka barang siapa yang bŭrbuat dosa itu, iyalah bŭrbuat dŭrhaka pada hukum Allah, kŭrna dosa itulah dŭrhaka akan hukum.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Sesiapa yang berbuat dosa, melanggar hukum Allah, kerana dosa itu pelanggaran terhadap hukum Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Sesiapa yang berbuat dosa, melanggar hukum Allah, kerana dosa itu pelanggaran terhadap hukum Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Yahya 3:4
17 Iomraidhean Croise  

dan jika mereka sedar akan diri di negeri tempat mereka tertawan, lalu berbalik serta memohon belas kasihan kepada-Mu di negeri tempat mereka tertawan itu dengan berkata, ‘Kami telah berdosa, bersalah, dan berbuat fasiq;’


Demikianlah Saul mati kerana kemungkaran yang dilakukannya terhadap TUHAN. Dia tidak berpegang teguh pada firman TUHAN, malah bertanya kepada pemanggil arwah untuk mencari petunjuk,


Kemudian Roh Allah menguasai Zakharia, anak Imam Yoyada. Dia tampil di depan rakyat dan berkata kepada mereka, “Beginilah firman Allah, ‘Mengapakah kamu melanggar perintah-perintah TUHAN sehingga kamu tidak beruntung? Kerana kamu meninggalkan TUHAN, maka Dia pun meninggalkan kamu.’ ”


Daripada tahanan dan daripada pengadilan dia diambil. Siapa akan mengisahkan keturunannya? Dia dilenyapkan daripada negeri orang hidup, dan kerana pelanggaran umat-Ku dia kena tulah.


Semua orang Israel telah melanggar hukum-Mu dan menyimpang kerana tidak mematuhi-Mu. Oleh sebab itu kutuk dan sumpah yang tersurat dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan melalui Musa, hamba Allah itu, dicurahkan kepada kami, kerana kami telah berdosa terhadap-Nya.


Kerana orang itu telah menghina firman TUHAN dan mengingkari perintah-Nya, maka hendaklah dia disingkirkan daripada kalangan bangsanya. Kesalahannya tertanggung kepada dirinya.”


Dengan demikian, jika seseorang melanggar hukum yang terkecil pun dan mengajar orang lain melanggarnya, dia akan tergolong antara mereka yang paling rendah dalam kerajaan syurga. Sebaliknya, jika seseorang mematuhi Taurat dan mengajar orang lain turut patuh, dia akan menjadi orang yang mulia dalam kerajaan syurga.


Paulus berkata kepadanya, “Allah akan menampar mulutmu nanti. Kamu seperti tembok yang dicat putih! Kamu sekarang duduk untuk mengadiliku menurut hukum tetapi kamu sendiri melanggar hukum itu dengan menyuruh orang menamparku!”


Oleh itu, tiada siapa pun akan diperbenar di mata Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.


Kerana hukum Taurat membawa kemurkaan Allah dan tanpa hukum Taurat, tiadalah kemungkaran.


Aku harap, ketika aku datang kelak, janganlah aku dipermalu oleh Allahku di hadapanmu dan bersedih kerana ramai yang dahulu berbuat dosa tetap tidak bertaubat daripada kekejian, pencabulan dan keliaran hawa nafsu dalam kehidupan mereka.


Doa yang dilafazkan dengan iman akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan akan memulihkan kesihatannya, dan dosanya akan diampunkan.


Setiap perbuatan salah itu dosa, tetapi sesetengah dosa tidaklah mengakibatkan kematian.


Kata Saul kepada Samuel, “Aku telah berdosa, kerana aku telah melanggar firman TUHAN dan kata-katamu. Aku takut kepada rakyat sehingga kata-kata mereka kuturuti.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan