Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 9:9 - Alkitab Versi Borneo

9 (Dahulu di Israel, apabila seseorang pergi mencari petunjuk Allah, dia akan berkata, “Mari kita pergi kepada pelihat,” kerana yang sekarang disebut nabi, dahulu disebut pelihat.)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9-11 “Baiklah!” jawab Saul. “Marilah kita pergi.” Lalu mereka pergi ke kota, tempat hamba Allah itu tinggal. Ketika mereka mendaki bukit menuju ke kota itu, mereka berjumpa dengan beberapa orang gadis yang hendak menimba air di perigi. Mereka bertanya kepada gadis-gadis itu, “Adakah pelihat itu berada di kota?” (Pada zaman itu, seorang nabi disebut pelihat. Oleh itu apabila seseorang hendak menanyakan sesuatu kepada Allah, mereka berkata, “Marilah kita pergi kepada pelihat.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9-11 “Baiklah!” jawab Saul. “Marilah kita pergi.” Lalu mereka pergi ke kota, tempat hamba Allah itu tinggal. Ketika mereka mendaki bukit menuju ke kota itu, mereka berjumpa dengan beberapa orang gadis yang hendak menimba air di perigi. Mereka bertanya kepada gadis-gadis itu, “Adakah pelihat itu berada di kota?” (Pada zaman itu, seorang nabi disebut pelihat. Oleh itu apabila seseorang hendak menanyakan sesuatu kepada Allah, mereka berkata, “Marilah kita pergi kepada pelihat.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 9:9
16 Iomraidhean Croise  

Namun demikian, anak-anaknya bertolak-tolakan dalam kandungannya sehingga dia berkata, “Mengapakah hal ini berlaku kepadaku?” Lalu pergilah dia mencari petunjuk TUHAN.


Ketika Daud bangun pada pagi harinya, datanglah firman TUHAN kepada nabi Gad, pelihat Daud, demikian,


TUHAN telah mengingatkan Israel dan Yehuda dengan perantaraan semua nabi dan pelihat, firman-Nya, “Berbaliklah daripada jalan hidupmu yang jahat itu dan berpeganglah teguh pada perintah-perintah serta ketetapan-ketetapan-Ku, selaras dengan hukum Taurat yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyangmu dan yang telah Kusampaikan kepadamu dengan perantaraan hamba-hamba-Ku, para nabi.”


Lalu TUHAN berfirman kepada Gad, pelihat Daud,


Juga semua yang ditakdiskan oleh Samuel, pelihat itu, oleh Saul anak Kish, oleh Abner anak Ner, dan oleh Yoab anak Zeruya — semua barang yang ditakdiskan — berada di bawah pengawasan Selomit serta para saudaranya.


Sesungguhnya, riwayat Raja Daud dari awal hingga akhir tertulis dalam riwayat Samuel, pelihat itu, dalam riwayat Nabi Natan, dan dalam riwayat Gad, pelihat itu.


Jumlah semua orang yang terpilih sebagai penjaga pintu ialah dua ratus dua belas orang. Mereka yang tercatat dalam salasilah di desa-desa mereka ditetapkan oleh Daud dan Samuel, pelihat itu, dalam jawatan tetap itu.


Asa menjadi murka kepada pelihat itu. Dimasukkannya Hanani ke dalam penjara, kerana dia geram terhadapnya atas hal itu. Pada waktu itu Asa juga menindas beberapa orang daripada rakyatnya.


Pada waktu itu datanglah Hanani, pelihat itu, menghadap Asa, raja Yehuda, dan berkata kepadanya, “Kerana engkau bersandar kepada raja Aram dan tidak bersandar kepada TUHAN, Allahmu, maka luputlah pasukan raja Aram daripada tanganmu.


TUHAN mencurahimu roh yang membuat kamu tidur lelap. Dia menutup matamu, iaitu para nabi, dan menudungi kepalamu, iaitu para pelihat.


Mereka berkata kepada para pelihat, “Jangan menelah lagi,” dan kepada para nabi, “Jangan menilik apa yang benar bagi kami. Katakanlah hal-hal yang manis kepada kami; Katakanlah hal-hal khayalan.


Lalu Amazia berkata kepada Amos, “Wahai pelihat, pergilah! Nyahlah ke Tanah Yehuda! Carilah nafkah di sana dan bernubuatlah di sana!


Andainya seluruh tubuh itu satu mata, di manakah pendengaran? Sekiranya seluruh tubuh itu pendengaran, di manakah pula penghiduan?


Susulan kematian Yosua, orang Israel bertanya kepada TUHAN, “Siapakah daripada kami yang harus lebih dahulu menghadapi orang Kanaan dalam peperangan antara kami dengan mereka?”


Oleh itu, mereka berkata kepadanya, “Tanyalah kepada Allah, agar kami ketahui sama ada berhasil kelak perjalanan yang kami tempuh ini ataupun tidak.”


Kata Saul kepada pembantunya, “Bagus usulmu itu. Mari kita pergi.” Maka pergilah mereka ke kota tempat hamba Allah itu berada.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan