Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 9:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Saul dan pembantu itu berjalan melalui Efraim dan Tanah Salisa, tetapi tidak juga dijumpai mereka haiwan-haiwan itu. Kemudian mereka berjalan melalui Tanah Sahalim, tetapi di sana pun mereka tidak menjumpai keldai-keldai itu. Selanjutnya mereka berjalan melalui Tanah Benyamin namun masih tidak menemukan keldai-keldai itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Kemudian Saul dan hambanya menjelajahi kawasan perbukitan Efraim dan kawasan Salisa, tetapi mereka tidak menjumpai keldai-keldai itu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke daerah Sahalim, tetapi keldai-keldai itu tidak ada di sana. Mereka mencari pula di wilayah Benyamin, tetapi keldai-keldai itu masih tidak dijumpai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Kemudian Saul dan hambanya menjelajahi kawasan perbukitan Efraim dan kawasan Salisa, tetapi mereka tidak menjumpai keldai-keldai itu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke daerah Sahalim, tetapi keldai-keldai itu tidak ada di sana. Mereka mencari pula di wilayah Benyamin, tetapi keldai-keldai itu masih tidak dijumpai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 9:4
9 Iomraidhean Croise  

Setelah berjalan sekian lama dari Padan-Aram, sampailah Yakub dengan selamat di Kota Sikhem, di Tanah Kanaan, lalu didirikannya khemahnya berdekatan dengan kota itu.


Seorang lelaki datang dari Baal-Salisa dengan membawa bagi hamba Allah dua puluh buku roti daripada hasil barli pertama, serta gandum baru di dalam karungnya. Kata Elisa, “Berikanlah kepada orang itu untuk mereka makan.”


Yohanes pula membaptis di Ainon, tidak berapa jauh dari Salim, kerana di situ ada banyak air. Orang datang kepadanya dan dia membaptis mereka.


Saalabin, Ayalon, Yitla,


Eleazar anak Harun juga meninggal dan dimakamkan di bukit yang diberikan kepada Pinehas, anaknya, di pergunungan Efraim.


Ada seorang yang bernama Mikha dari wilayah pergunungan Efraim.


Terjadilah pada zaman ketika tiada raja memerintah Israel, di bahagian paling terpencil di pergunungan Efraim tinggal seorang Lewi yang mengambil seorang gundik dari Betlehem-Yehuda.


Ada seorang lelaki suku Efraim bernama Elkana anak Yeroham anak Elihu anak Tohu anak Zuf dari Ramataim-Zofim di pergunungan Efraim.


Pada suatu hari, Kish, ayah Saul, kehilangan beberapa ekor keldai. Maka kata Kish kepada Saul, anaknya, “Bawalah salah seorang pembantu bersama-samamu dan pergilah segera mencari keldai-keldai itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan