Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 9:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Pada suatu hari, Kish, ayah Saul, kehilangan beberapa ekor keldai. Maka kata Kish kepada Saul, anaknya, “Bawalah salah seorang pembantu bersama-samamu dan pergilah segera mencari keldai-keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Pada suatu hari, beberapa ekor keldai kepunyaan Kish hilang. Oleh itu dia berkata kepada Saul, “Bawalah salah seorang hamba bersama-samamu dan pergilah cari keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Pada suatu hari, beberapa ekor keldai kepunyaan Kish hilang. Oleh itu dia berkata kepada Saul, “Bawalah salah seorang hamba bersama-samamu dan pergilah cari keldai itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 9:3
7 Iomraidhean Croise  

Yair mempunyai tiga puluh orang anak lelaki, yang menunggang tiga puluh ekor keldai, dan di Tanah Gilead, mereka mempunyai tiga puluh buah kota, yang sampai sekarang dipanggil Hawot-Yair.


Nyanyikanlah wahai kamu, yang menunggang keldai putih, kamu yang duduk di atas ambal, dan kamu yang berjalan di jalan itu!


Lalu bapa saudaranya bertanya kepada Saul dan pembantunya, “Ke manakah kamu pergi?” Jawabnya, “Mencari keldai-keldai itu. Kerana kami tidak juga menemuinya maka kami pun pergi kepada Samuel.”


Apabila engkau pergi meninggalkan aku pada hari ini, engkau akan bertemu dengan dua orang lelaki berdekatan dengan makam Rahel di daerah Benyamin, di Zelzah. Mereka akan berkata kepadamu, ‘Keldai yang kaucari itu sudah ditemukan. Kini ayahmu sudah tidak peduli lagi kepada keldai-keldai itu, tetapi dia berasa risau tentang keadaan sekalian. Katanya, “Apakah yang harus kuperbuat demi anakku?” ’


Dia mempunyai seorang anak bernama Saul, seorang pemuda yang tegap lagi tampan. Tiada seorang pun pemuda orang Israel yang lebih tampan daripadanya. Dari bahu ke atas, ketinggiannya melebihi semua orang daripada umat sebangsanya.


Janganlah engkau khuatir fasal keldai-keldaimu yang hilang tiga hari yang lalu itu, kerana keldai-keldai itu sudah ditemukan. Tetapi segala yang didamba orang Israel dituju kepada siapa? Bukankah kepada dirimu dan kepada seluruh keluargamu?”


Saul dan pembantu itu berjalan melalui Efraim dan Tanah Salisa, tetapi tidak juga dijumpai mereka haiwan-haiwan itu. Kemudian mereka berjalan melalui Tanah Sahalim, tetapi di sana pun mereka tidak menjumpai keldai-keldai itu. Selanjutnya mereka berjalan melalui Tanah Benyamin namun masih tidak menemukan keldai-keldai itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan