Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Oleh itu, tunaikanlah permintaan mereka, hanya peringatkanlah mereka dengan sungguh-sungguh dan beritahu mereka apa yang menjadi hak raja yang kelak memerintah mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Oleh itu kabulkanlah permintaan mereka; tetapi berikanlah amaran yang tegas kepada mereka, dan beritahukan cara raja mereka itu akan memperlakukan mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Oleh itu kabulkanlah permintaan mereka; tetapi berikanlah amaran yang tegas kepada mereka, dan beritahukan cara raja mereka itu akan memperlakukan mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:9
10 Iomraidhean Croise  

Aku sungguh-sungguh mengingatkan nenek moyangmu pada waktu Aku membawa mereka keluar dari Tanah Mesir. Sampai hari ini pun Aku terus-menerus mengingatkan mereka demikian, “Patuhilah Aku.”


Kalau Aku berfirman kepada orang fasiq, ‘Engkau pasti mati,’ dan engkau tidak menasihati dia atau berbicara mengingatkan orang fasiq itu tentang jalan hidupnya yang fasiq supaya dia tetap hidup, maka orang fasiq itu akan mati kerana dosanya, tetapi darahnya akan Kutuntut daripadamu.


Raja tidak boleh mengambil sesuatu daripada harta pusaka rakyat sehingga mereka terusir daripada milik mereka. Dia hanya boleh mewariskan pusaka kepada anak-anaknya daripada milik sendiri, supaya umat-Ku tidak tercerai-berai daripada harta benda milik masing-masing.’


Kemudian Samuel menyampaikan peraturan-peraturan perihal kerajaan kepada umat itu. Dia menulisnya pada sebuah kitab dan meletakkannya di hadapan TUHAN. Setelah itu, Samuel melepaskan seluruh umat itu pulang ke rumah masing-masing.


Berkatalah Samuel kepada seluruh orang Israel, “Telah kupenuhi segala permintaanmu yang kamu sampaikan kepadaku, dan aku sudah menobatkan seorang raja untuk memerintah kamu.


Peperangan yang sengit melawan orang Filistin terjadi seumur hidup Saul. Saul sentiasa mengambil kesateria atau orang yang gagah perkasa untuk menjadi orangnya apabila dia menemui orang sedemikian.


Amalan masa itu ialah para imam bertindak sewenang-sewenangnya terhadap umat biasa. Ketika seseorang mempersembahkan korban sembelihan, pembantu imam akan datang membawa garpu serampang tiga sementara daging itu masih direbus.


Sebagaimana mereka memperlakukan Aku sejak Aku memimpin mereka keluar dari Mesir bahkan sampai hari ini, iaitu meninggalkan Aku dan beribadat kepada pelbagai tuhan lain, demikian jugalah mereka memperlakukan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan