Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Sebagaimana mereka memperlakukan Aku sejak Aku memimpin mereka keluar dari Mesir bahkan sampai hari ini, iaitu meninggalkan Aku dan beribadat kepada pelbagai tuhan lain, demikian jugalah mereka memperlakukan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Sejak Aku membawa mereka keluar dari Mesir, mereka sudah membelakangi Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang, apa yang dilakukan mereka terhadap engkau, sudah selalu dilakukan mereka terhadap Aku juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:8
22 Iomraidhean Croise  

Maka tidaklah mereka menjadi seperti nenek moyang mereka — keturunan yang degil dan memberontak, Keturunan yang tidak membetulkan hatinya, dan yang rohnya tidak setia kepada Allah.


Kata orang Israel kepada mereka, “Ah, kalaulah dahulu kami mati di tangan TUHAN di Tanah Mesir ketika kami duduk menghadapi kuali berisi daging dan makan roti sampai kenyang! Tetapi kamu pula membawa kami keluar ke gurun ini untuk membunuh seluruh jemaah ini dengan kelaparan.”


Lalu berbantahlah bangsa itu dengan Musa, kata mereka, “Berilah kami air supaya kami dapat minum.” Kata Musa kepada mereka, “Mengapakah kamu berbantah dengan aku? Mengapakah kamu mencubai TUHAN?”


Apabila orang Israel melihat bahawa Musa masih belum turun dari gunung itu, mereka berkumpul dan mengerumuni Harun lalu berkata kepadanya, “Buatkan kami tuhan-tuhan yang dapat memimpin kami kerana kami tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Musa yang membawa kami keluar dari Tanah Mesir.”


‘Pada akhir tujuh tahun, setiap orang harus melepaskan sesama orang Ibrani yang telah dijual kepadamu dan menghamba kepadamu enam tahun lamanya. Engkau harus melepaskannya sebagai orang merdeka.’ Tetapi nenek moyangmu tidak mahu mendengar Aku dan tidak mahu memberikan perhatian.


Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, Aku hendak mengutus engkau kepada orang Israel, kepada bangsa derhaka yang telah menderhaka terhadap Aku. Mereka dan nenek moyang mereka telah memberontak terhadap Aku, bahkan sampai hari ini.


Namun demikian, keesokan harinya seluruh kalangan umat Israel bersungut-sungut kepada Musa dan Harun. Kata mereka, “Kamu telah membunuh umat TUHAN.”


Kamu telah menderhaka terhadap TUHAN sejak aku mengenal kamu.


Orang Israel berbuat jahat lagi di mata TUHAN lantas TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Filistin selama empat puluh tahun.


Maka ternyala dan maraklah api kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel lalu Dia berfirman, “Kerana bangsa ini melanggar perjanjian yang Kuperintahkan kepada nenek moyang mereka, dan tidak mendengar firman-Ku,


Susulan kematian Ehud, orang Israel berbuat jahat lagi di mata TUHAN.


Akan tetapi, orang Israel berbuat jahat lagi di mata TUHAN lalu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan bani Midian selama tujuh tahun.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Tunaikanlah segala permintaan umat itu kepadamu. Mereka bukannya menolak engkau tetapi mereka menolak Aku kerana tidak mahu Aku bertakhta atas mereka.


Oleh itu, tunaikanlah permintaan mereka, hanya peringatkanlah mereka dengan sungguh-sungguh dan beritahu mereka apa yang menjadi hak raja yang kelak memerintah mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan