Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Tunaikanlah segala permintaan umat itu kepadamu. Mereka bukannya menolak engkau tetapi mereka menolak Aku kerana tidak mahu Aku bertakhta atas mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka. Bukan engkau yang ditolak oleh mereka; sebenarnya, Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:7
22 Iomraidhean Croise  

Kata Musa lagi, “TUHAN akan memberi kamu makan daging pada petang hari, dan roti pada pagi hari sampai kamu kenyang, kerana TUHAN mendengar segala rungutan yang kamu tujukan kepada-Nya. Siapakah kami ini? Sesungguhnya, kamu bukannya bersungut-sungut kepada kami, tetapi kepada TUHAN.”


Oleh sebab itu Aku pun memilih perlakuan sewenang-wenang bagi mereka dan mendatangkan apa yang ditakuti mereka kepada mereka, kerana apabila Aku berseru, tidak ada yang menjawab, apabila Aku berfirman, tidak ada yang mendengar. Mereka melakukan apa yang jahat di mata-Ku dan memilih apa yang tidak Kuperkenan.”


‘Pada akhir tujuh tahun, setiap orang harus melepaskan sesama orang Ibrani yang telah dijual kepadamu dan menghamba kepadamu enam tahun lamanya. Engkau harus melepaskannya sebagai orang merdeka.’ Tetapi nenek moyangmu tidak mahu mendengar Aku dan tidak mahu memberikan perhatian.


Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, Aku hendak mengutus engkau kepada orang Israel, kepada bangsa derhaka yang telah menderhaka terhadap Aku. Mereka dan nenek moyang mereka telah memberontak terhadap Aku, bahkan sampai hari ini.


Tetapi keturunan kaum Israel tidak akan mahu mendengar engkau, sebab mereka tidak mahu mendengar Aku kerana seluruh keturunan kaum Israel itu keras kepala dan degil hati.


Lalu Allah mendatangi Bileam pada malam hari dan berfirman kepadanya, “Jika orang itu memang datang untuk memanggil kamu, pergilah segera bersama-sama mereka, tetapi kamu hanya akan melakukan apa yang Kufirmankan kepadamu sahaja.”


“Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku.


“Sesiapa yang mendengar kata-katamu mendengar kata-kata-Ku; sesiapa yang menentangmu menentang-Ku; dan sesiapa yang menentang-Ku juga menentang Dia yang mengutus-Ku.”


Tetapi rakyat negeri itu membencinya dan menyuruh utusan-utusan untuk memberitahunya, ‘Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.’


Sekarang, bawalah ke mari seteru-seteruku yang tidak mahu aku menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka di hadapanku.’ ”


Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya. Begitu jugalah, seorang yang diutus tidak mungkin lebih besar daripada orang yang mengutusnya.


Tetapi Gideon menjawab, “Aku tidak akan memerintah kamu dan juga anakku tidak akan memerintah kamu tetapi TUHAN yang memerintah kamu.”


Akan tetapi, pada hari ini kamu menolak Allahmu yang menyelamatkan kamu daripada segala kemalangan dan kesesakanmu. Kamu berkata kepada-Nya, ‘Tidak, angkatlah seorang raja atas kami.’ Maka sekarang, berdirilah di hadapan TUHAN menurut para sukumu dan menurut kaum-kaummu.”


Berkatalah Samuel kepada seluruh orang Israel, “Telah kupenuhi segala permintaanmu yang kamu sampaikan kepadaku, dan aku sudah menobatkan seorang raja untuk memerintah kamu.


Tetapi apabila kamu melihat, bahawa Nahas, raja bani Amon, datang menyerang kamu, maka kamu berkata kepadaku: Tidak, kami sepatutnya diperintah oleh seorang raja, walhal TUHAN, Allahmu ialah rajamu.


Firman TUHAN kepada Samuel, “Dengarlah kata-kata mereka dan lantiklah seorang raja bagi mereka.” Kemudian Samuel berkata kepada orang Israel, “Pulanglah masing-masing ke kotanya.”


Sebagaimana mereka memperlakukan Aku sejak Aku memimpin mereka keluar dari Mesir bahkan sampai hari ini, iaitu meninggalkan Aku dan beribadat kepada pelbagai tuhan lain, demikian jugalah mereka memperlakukan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan