Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 8:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Kata mereka kepadanya, “Sesungguhnya, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak hidup mengikuti jejak tuan. Sekarang, lantiklah bagi kami seorang raja untuk memerintahkan kami seperti semua bangsa lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Mereka berkata kepadanya, “Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Mereka berkata kepadanya, “Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 8:5
12 Iomraidhean Croise  

Dari puncak gunung batu aku melihat mereka, dari atas bukit aku memandang mereka. Lihat, suatu bangsa yang diam tersendiri dan tidak mahu diperhitungkan antara kalangan bangsa.


Kemudian mereka memohonkan seorang raja lalu Allah memberi mereka Saul anak Kish daripada suku Benyamin sebagai raja mereka selama empat puluh tahun.


Berkatalah orang Israel kepada Gideon, “Jadilah pemerintah kami, baik engkau mahupun anakmu dan cucumu, kerana engkaulah yang telah menyelamatkan kami daripada kuasa orang Midian.”


Akan tetapi, pada hari ini kamu menolak Allahmu yang menyelamatkan kamu daripada segala kemalangan dan kesesakanmu. Kamu berkata kepada-Nya, ‘Tidak, angkatlah seorang raja atas kami.’ Maka sekarang, berdirilah di hadapan TUHAN menurut para sukumu dan menurut kaum-kaummu.”


Maka sekarang, lihatlah raja yang telah kamu pilih, yang kamu minta. Sesungguhnya, TUHAN telah mengangkat raja atasmu.


Sekarang ini musim menuai gandum, bukan? Namun demikian, aku akan berseru kepada TUHAN supaya Dia menurunkan guruh dan hujan. Dengan demikian kamu akan tahu dan menyedari bahawa di mata TUHAN besarlah kejahatan yang telah kamu lakukan dengan meminta seorang raja bagimu.”


Maka sekarang raja itulah yang menjadi pemimpinmu; tetapi aku ini telah menjadi tua dan beruban, dan bukankah anak-anakku ada dalam kalangan kamu? Akulah yang menjadi pemimpinmu sejak zaman mudaku sampai hari ini.


Janganlah engkau khuatir fasal keldai-keldaimu yang hilang tiga hari yang lalu itu, kerana keldai-keldai itu sudah ditemukan. Tetapi segala yang didamba orang Israel dituju kepada siapa? Bukankah kepada dirimu dan kepada seluruh keluargamu?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan