Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Lalu Samuel mengambil seekor anak domba yang masih menyusu dan mempersembahkannya bulat-bulat sebagai korban bakaran kepada TUHAN. Samuel berseru kepada TUHAN bagi orang Israel dan TUHAN menjawabnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Samuel menyembelih seekor anak domba muda lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setelah itu dia berdoa minta TUHAN menolong Israel, dan TUHAN mengabulkan doanya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Samuel menyembelih seekor anak domba muda lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setelah itu dia berdoa minta TUHAN menolong Israel, dan TUHAN mengabulkan doanya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:9
16 Iomraidhean Croise  

berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkanmu, dan kamu akan memuliakan-Ku.”


Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya, dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya; mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.


TUHAN berfirman kepadaku, “Sekalipun Musa dan Samuel menghadap hadirat-Ku, hati-Ku tidak akan tertuju kepada bangsa ini. Nyahkanlah mereka dari hadirat-Ku, biarlah mereka pergi!


“Hendaklah seekor anak haiwan yakni lembu, domba, atau kambing yang baru lahir berada dengan induknya selama tujuh hari, tetapi mulai hari kelapan dan seterusnya haiwan itu sudah boleh dijadikan korban persembahan yang dibakar untuk TUHAN.


Aku berdoa kepada TUHAN demikian, ‘Ya Tuhan ALLAH, janganlah musnahkan umat-Mu dan harta pusaka-Mu yang Kaubebaskan dengan kebesaran-Mu, dan yang Kaubawa keluar dari Mesir dengan tangan yang kuat.


Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat.


Kemudian dirikanlah mazbah bagi TUHAN, Allahmu di atas kubu pertahanan ini secara teratur, dan seterusnya, ambillah lembu jantan yang kedua dan persembahkanlah korban bakaran dengan kayu tiang berhala Asyera yang telah kautebang itu.”


Kelihatan pada para warga kota yang bangun pada awal pagi betapa mazbah Baal itu telah dirobohkan dan tiang berhala Asyera di sisinya ditebang dan lembu jantan yang kedua dikorbankan di atas mazbah yang didirikan itu.


Kemudian engkau harus pergi ke Gilgal mendahului aku. Ingat, aku akan turun mendapatkan engkau untuk mempersembahkan segala korban bakaran serta korban kedamaian. Hendaklah engkau menunggu selama tujuh hari sehingga aku datang kepadamu dan memberitahumu apa yang harus kaulakukan.”


Sekarang ini musim menuai gandum, bukan? Namun demikian, aku akan berseru kepada TUHAN supaya Dia menurunkan guruh dan hujan. Dengan demikian kamu akan tahu dan menyedari bahawa di mata TUHAN besarlah kejahatan yang telah kamu lakukan dengan meminta seorang raja bagimu.”


Kata Samuel, “Masakan aku boleh pergi? Jika Saul mendengarnya, tentu dia akan membunuhku.” Firman TUHAN, “Bawalah seekor lembu betina yang muda dan katakan, ‘Aku datang untuk mempersembahkan korban di hadapan TUHAN.’


Kemudian Aku akan membangkitkan bagi-Ku seorang imam yang penuh amanah dan yang akan bertindak selaras dengan kehendak hati dan jiwa-Ku. Aku akan membangunkan baginya sebuah keluarga yang teguh, dan dia akan sentiasa hidup di hadapan orang yang Kulantik.


Namun demikian, dia selalu kembali ke Rama, kerana di sanalah rumahnya dan di sanalah dia menjadi hakim kepada orang Israel. Dia mendirikan sebuah mazbah bagi TUHAN di sana.


Jawab para gadis itu kepada mereka, “Ya, ada, dia baru sahaja mendahului kamu, cepat-cepatlah sekarang. Dia datang ke kota hari ini, kerana ada perjamuan korban untuk orang ramai di atas bukit pada hari ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan