Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Kata orang Israel kepada Samuel, “Janganlah berhenti berseru bagi kami kepada TUHAN, Allah kita, supaya diselamatkan-Nya kami daripada tangan orang Filistin.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Mereka berkata kepada Samuel, “Jangan berhenti berdoa kepada TUHAN Allah kita, supaya kita diselamatkan-Nya daripada orang Filistin.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Mereka berkata kepada Samuel, “Jangan berhenti berdoa kepada TUHAN Allah kita, supaya kita diselamatkan-Nya daripada orang Filistin.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:8
7 Iomraidhean Croise  

Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, mendengar apa yang dikatakan Rabshakeh, yang telah diutus oleh tuannya, raja Asyur, untuk mencela Allah yang hidup. Mudah-mudahan TUHAN, Allahmu, menjatuhkan hukuman selaras dengan perkataan yang telah didengar-Nya. Oleh sebab itu, panjatkanlah doa bagi saki-baki orang yang masih ada.”


Demi Sion Aku tidak akan berdiam diri dan demi Yerusalem Aku tidak akan tenang-tenang sahaja, sehingga perbenarannya terbit seperti cahaya dan penyelamatannya seperti obor yang menyala.


Jika mereka memang nabi dan jika firman TUHAN ada pada mereka, biarlah mereka bermohon kepada TUHAN alam semesta, supaya saki-baki alat kelengkapan yang masih ada di Bait TUHAN, di istana raja Yehuda, dan di Yerusalem tidak dibawa pergi ke Babel.


Nabi Yeremia dan berkata, “Semoga permintaan kami diperkenankan tuan. Berdoalah kepada TUHAN, Allahmu, bagi kami, semua orang yang tersisa ini. Kerana dahulu kami ramai, tetapi seperti mata tuan lihat sendiri, saki-baki kami hanya sedikit sahaja.


Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui dosa serta mendoakan satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang benar mempunyai kuasa yang hebat.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan