1 Samuel 7:6 - Alkitab Versi Borneo6 Maka berkumpullah mereka di Mizpa. Mereka menimba air dan mencurahkannya di hadapan TUHAN. Pada hari itu mereka berpuasa di sana dan berkata, “Kami telah berdosa terhadap TUHAN.” Samuel pun menjadi hakim kepada orang Israel di Mizpa. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)6 Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, “Kami sudah berdosa terhadap TUHAN.” (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel). Faic an caibideilAlkitab Berita Baik6 Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, “Kami sudah berdosa terhadap TUHAN.” (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel). Faic an caibideil |
Maka tiga orang kesateria utama itu menerobos perkhemahan orang Filistin dan menimba air daripada perigi Betlehem yang ada berdekatan dengan pintu gerbang, lalu mengangkat dan membawanya kepada Daud. Namun demikian, Daud tidak mahu meminumnya, malahan dia mencurahkannya sebagai persembahan kepada TUHAN,
Atas sebab itulah Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan pihak lawan yang menyesakkan mereka. Namun demikian, ketika mereka berseru kepada-Mu pada masa mereka mengalami kesesakan, dari syurga Engkau mendengar permohonan mereka, dan kerana kasih sayang-Mu yang sebegitu besar, Kauberi mereka beberapa orang penyelamat yang melepaskan mereka daripada tangan pihak musuh mereka.