1 Samuel 7:3 - Alkitab Versi Borneo3 Maka berkatalah Samuel kepada seluruh keturunan kaum Israel demikian, “Jika kamu berpaling kepada TUHAN dengan segenap hati, jauhkanlah tuhan asing dan segala patung berhala Asytoret dari tengah-tengahmu serta tujukan hatimu kepada TUHAN dan beribadatlah hanya kepada-Nya; maka Dia akan melepaskan kamu daripada tangan orang Filistin.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Samuel berkata kepada umat Israel, “Jika kamu hendak kembali kepada TUHAN dan menyembah Dia dengan sepenuh hati, buanglah semua dewa asing dan patung-patung Dewi Asytoret. Serahkanlah diri kamu sepenuhnya kepada TUHAN dan mengabdilah kepada Dia sahaja. Barulah Dia akan membebaskan kamu daripada kuasa orang Filistin.” Faic an caibideil |
Hal ini terjadi kerana dia telah meninggalkan Aku dan sujud menyembah Asytoret, dewi orang Sidon, dan Kamos, tuhan orang Moab, serta Milkom, tuhan bani Amon. Dia tidak hidup menurut jalan-Ku dengan melakukan apa yang benar di mata-Ku dan berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku serta peraturan-Ku seperti Daud, ayahnya.
Engkaulah, anakku Salomo, kenalilah Allah ayahmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan hati yang tulus dan jiwa yang ikhlas, kerana TUHAN mengerti setiap hati dan mengerti setiap angan-angan serta fikiran. Jika engkau mencari hadirat-Nya, maka Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika engkau meninggalkan-Nya, maka Dia akan membuang engkau untuk selama-lamanya.