Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Sementara Samuel mempersembahkan korban bakaran itu, orang Filistin maju mendekat untuk berperang melawan orang Israel. Akan tetapi, pada hari itu, kepada orang Filistin, TUHAN memperdengarkan bunyi guruh yang teramat kuat terhadap orang Filistin dan mengharu-birukan mereka sehingga pasukan mereka tumpas di hadapan orang Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:10
21 Iomraidhean Croise  

Maka saluran di dasar lautan terserlah dan asas bumi terdedah akibat kemurkaan-Mu, ya TUHAN, dan hembusan hebat nafas-Mu.


Suara TUHAN bergema di atas lautan; Allah kemuliaan mengguntur, TUHAN di atas segala lautan.


Suara TUHAN penuh kekuasaan; suara TUHAN penuh kedaulatan.


Dan Dia mengusir musuh-Nya; Dia memalukan mereka selama-lamanya.


Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta.


TUHAN akan menyebabkan musuhmu yang menyerang kamu tumpas di hadapanmu. Mereka akan datang melalui satu jalan untuk menggempur kamu, tetapi akan lari dari hadapanmu melalui tujuh jalan.


TUHAN menyebabkan bani Amori berasa amat cemas di hadapan orang Israel sehingga mereka ditumpaskan dengan kekalahan yang sebegitu besar di Gibeon. Orang Israel mengejar mereka ke arah genting Bet-Horon dan menumpurkan mereka sampai ke Azeka dan Makeda.


dan di depan Barak TUHAN menumpaskan Sisera serta segala ratanya dan juga seluruh bala tenteranya dengan mata pedang sehingga Sisera meninggalkan ratanya lalu melarikan diri dengan berjalan kaki.


Dari langit bintang-bintang yang melalui peredarannya turut memerangi Sisera.


Lalu mereka memilih tuhan-tuhan baru, maka terjadilah perang di pintu gerbang. Namun begitu, dalam kalangan empat puluh ribu orang di Israel tiada sebuah perisai ataupun sebilah tombak yang kelihatan.


Sekarang ini musim menuai gandum, bukan? Namun demikian, aku akan berseru kepada TUHAN supaya Dia menurunkan guruh dan hujan. Dengan demikian kamu akan tahu dan menyedari bahawa di mata TUHAN besarlah kejahatan yang telah kamu lakukan dengan meminta seorang raja bagimu.”


Maka timbullah huru-hara di perkhemahan, di padang dan dalam kalangan pasukan itu. Seluruh barisan itu juga menjadi gementar, dan bumi bergegar sehingga berlakunya hiruk-pikuk yang besar.


TUHAN akan menghancurleburkan kalangan yang menentang-Nya, mengecam keras mereka bagaikan guruh di langit. TUHAN akan mengadili seluruh bumi. Dia akan mengurniakan kekuatan kepada raja yang diangkat-Nya dan memberikan kejayaan kepada orang pilihan-Nya.”


Lalu keluarlah orang Israel dari Mizpa untuk mengejar orang Filistin, dan menyerang mereka sehingga hilir Bet-Kar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan