Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 6:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Lalu kata mereka, “Apabila kamu menghantar tabut Allah Israel itu, janganlah kamu menghantarnya dengan tangan kosong. Sebaliknya, hendaklah kamu membayar dengan korban penebus kesalahan kepada-Nya; maka kamu akan menjadi sembuh dan kamu akan tahu mengapa tangan-Nya tidak ditarik balik daripadamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 6:3
15 Iomraidhean Croise  

Aku hendak berkata kepada Allah, ‘Jangan mengecam aku. Beritahulah aku mengapa Engkau berperkara dengan aku.


Tetaplah rayakan Perayaan Roti Tidak Beragi. Tujuh hari lamanya kamu harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang Kuperintahkan kepadamu. Hendaklah kamu lakukan hal itu pada waktu yang ditetapkan, iaitu dalam bulan Abib, kerana dalam bulan itulah kamu keluar dari Mesir. Jangan seorang pun menghadap hadirat-Ku dengan tangan kosong.


Anak keldai yang lahir pertama harus kamu tebus dengan seekor anak domba. Jika kamu tidak menebusnya, kamu hendaklah mematahkan lehernya. Semua anak lelakimu yang sulung harus kamu tebus. Jangan ada seorang pun menghadap hadirat-Ku dengan tangan kosong.


Namun begitu, apabila Firaun melihat ada kelegaan, maka dikeraskan lagi hatinya dan enggan mendengar permintaan kedua-duanya, seperti yang telah difirmankan oleh TUHAN.


dan hendaklah dia memberi TUHAN pampasan bagi dosanya, iaitu seekor anak domba atau kambing betina sebagai korban penghapus dosa. Hendaklah imam mengadakan pendamaian bagi orang itu atas dosanya.


Sebagai pampasan, hendaklah dia membawa kepada TUHAN seekor domba jantan yang tidak bercacat cela daripada kawanan domba yang sudah dinilai dan diserahkan kepada imam untuk menjadi korban penebus kesalahan.


Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun, hendaklah setiap lelaki dalam kalangan kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya. Jangan seorang pun menghadap hadirat TUHAN dengan tangan kosong.


Oleh sebab itu, mereka meminta agar semua raja kota orang Filistin dikumpulkan, lalu berkata, “Hantarlah tabut Allah Israel ini kembali ke tempatnya, supaya jangan kita dan rakyat kita terbunuh.” Di seluruh kota itu memang ada kegemparan yang mematikan. Tangan Allah menekan mereka dengan sangat berat di sana.


Setelah orang Asdod menyedari apa yang terjadi, berkatalah mereka, “Tabut Allah Israel ini tidak boleh tinggal bersama-sama kita, kerana tangan-Nya menimpa kita dan juga Dagon tuhan kita dengan berat.”


Namun begitu, setelah mereka memindahkan tabut itu ke kota itu, tangan TUHAN juga mendatangkan kegemparan yang amat besar di sana. Dia mendatangkan seksa terhadap penduduk kota itu, daripada yang kecil kepada yang besar, sehingga muncul wabak ketumbuhan dalam kalangan mereka.


Kemudian, ambillah tabut TUHAN itu dan letakkan di dalam pedati. Taruhlah barang-barang emas yang akan kamu persembahkan kepada-Nya sebagai korban penebus kesalahan di dalam sebuah peti, di sisi tabut itu, lalu hantarlah tabut itu pergi.


Perhatikanlah, jika tabut itu menempuh jalan menuju daerahnya sendiri, iaitu ke Bet-Semes, maka Dialah yang telah mendatangkan malapetaka besar ini terhadap kita. Tetapi jika tidak, maka kita akan tahu bahawa bukan tangan-Nya yang menyerang kita. Kebetulan sahaja hal itu terjadi kepada kita.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan