Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Namun begitu, setelah mereka memindahkan tabut itu ke kota itu, tangan TUHAN juga mendatangkan kegemparan yang amat besar di sana. Dia mendatangkan seksa terhadap penduduk kota itu, daripada yang kecil kepada yang besar, sehingga muncul wabak ketumbuhan dalam kalangan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:9
11 Iomraidhean Croise  

Dan Dia mengusir musuh-Nya; Dia memalukan mereka selama-lamanya.


ibarat seorang yang lari menghindari singa tetapi seekor beruang mengadangnya, lalu ketika dia masuk ke dalam rumah dan menopang tangan ke dinding, seekor ular memagutnya pula.


Tangan TUHAN sendiri menentang mereka, mengacau mereka sehingga semua mereka dihapuskan daripada perkhemahan.


Akan tetapi, jika kamu tidak mahu mematuhi TUHAN, malah menderhaka terhadap titah TUHAN, maka tangan TUHAN akan melawan kamu, sebagaimana Dia melawan nenek moyangmu dahulu.


Lalu mereka menghantar tabut Allah itu ke Ekron. Tetapi apabila tabut Allah tiba di Ekron, menjeritlah orang Ekron. Kata mereka, “Mereka memindahkan tabut Allah Israel ini ke tempat kita untuk mematikan kita dan rakyat kita!”


Oleh sebab itu, mereka meminta agar semua raja kota orang Filistin dikumpulkan, lalu berkata, “Hantarlah tabut Allah Israel ini kembali ke tempatnya, supaya jangan kita dan rakyat kita terbunuh.” Di seluruh kota itu memang ada kegemparan yang mematikan. Tangan Allah menekan mereka dengan sangat berat di sana.


Begitu berat tekanan tangan TUHAN atas orang Asdod, bahkan Dia membinasakan Asdod dan menimpa daerah-daerahnya dengan ketumbuhan.


Tabut perjanjian TUHAN diletakkan mereka di dalam pedati, bersama-sama peti berisi tikus-tikus emas dan ketumbuhan tiruan itu.


Demikianlah orang Filistin itu ditundukkan dan tidak lagi memasuki daerah Israel. Tangan TUHAN melawan orang Filistin seumur hidup Samuel,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan