Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Setelah orang Asdod menyedari apa yang terjadi, berkatalah mereka, “Tabut Allah Israel ini tidak boleh tinggal bersama-sama kita, kerana tangan-Nya menimpa kita dan juga Dagon tuhan kita dengan berat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:7
15 Iomraidhean Croise  

Namun begitu, pada hari itu Daud menjadi takut kepada TUHAN, katanya, “Bagaimanakah mungkin tabut TUHAN itu dapat sampai kepadaku?”


Kali pertama dahulu bukan kamu yang mengusungnya, sehingga TUHAN, Allah kita, menyambar kita. Kita tidak mencari petunjuk-Nya seperti yang semestinya.”


Maka berkatalah para pegawai Firaun kepadanya, “Berapa lama lagi orang ini akan menjadi jerat bagi kita? Kami mohon lepaskan sajalah orang Israel itu pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada TUHAN, Allah mereka. Belum sedarkah tuanku bahawa Mesir telah binasa?”


Warga Mesir juga mendesak orang Israel itu untuk pergi dengan segera dari negeri itu, kerana kata mereka, “Nanti kami semua mati.”


Kata Firaun, “Aku akan mengizinkan kamu pergi mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allahmu, di gurun. Hanya, janganlah pergi terlalu jauh, dan berdoalah untukku.”


Kemudian Firaun memanggil Musa dan Harun serta berkata, “Berdoalah kepada TUHAN supaya Dia menyingkirkan kesemua katak itu daripadaku dan daripada rakyatku, maka aku akan mengizinkan orang Israel itu pergi supaya mereka dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN.”


Berdoalah kepada TUHAN. Cukuplah sudah guruh yang luar biasa dan hujan batu ini. Aku akan mengizinkan kamu pergi. Tidak usah lagi kamu tinggal di sini.”


TUHAN alam semesta, Allah Israel, berfirman, “Sesungguhnya, Aku akan menjatuhkan hukuman atas Dewa Amon dari Tebe, atas Firaun, atas Mesir, atas dewa-dewanya, dan atas raja-rajanya — atas Firaun dan atas orang yang bergantung kepadanya.


Kerana engkau bergantung pada perbuatanmu dan hartamu, maka engkau pun akan direbut. Kamos akan diangkut ke tempat pembuangan dengan para pemuka agama dan pembesarnya sekali gus.


Malangnya kita! Siapakah yang dapat melepaskan kita daripada tuhan-tuhan yang maha besar ini? Tuhan-tuhan inilah yang telah memusnahkan orang Mesir dengan berbagai-bagai wabak di gurun.


Begitu berat tekanan tangan TUHAN atas orang Asdod, bahkan Dia membinasakan Asdod dan menimpa daerah-daerahnya dengan ketumbuhan.


Oleh sebab itu, mereka meminta agar semua raja kota orang Filistin dikumpulkan, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan tabut Allah Israel ini?” Jawab mereka, “Pindahkan tabut Allah Israel itu ke Gat.” Lalu mereka memindahkan tabut Allah Israel itu.


Kata orang Bet-Semes, “Siapakah dapat bertahan di hadapan TUHAN, Allah yang Kudus ini? Kepada siapakah Dia akan berangkat meninggalkan kita ini?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan