Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Tetapi keesokan harinya ketika mereka bangun pagi-pagi, tampaklah Dagon terjatuh dengan mukanya tersembam ke tanah di hadapan tabut TUHAN, sementara kepala Dagon dan kedua-dua belah tangannya terpenggal dan terpelanting ke ambang pintu, yang tinggal hanya badan Dagon itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Pada keesokan harinya, mereka nampak patung itu terjatuh lagi di hadapan Tabut Perjanjian. Kali ini kepala patung itu dan kedua-dua lengannya terpenggal dan terletak di ambang pintu; hanya badan patung itu yang masih utuh. (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Pada keesokan harinya, mereka nampak patung itu terjatuh lagi di hadapan Tabut Perjanjian. Kali ini kepala patung itu dan kedua-dua lengannya terpenggal dan terletak di ambang pintu; hanya badan patung itu yang masih utuh. (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:4
11 Iomraidhean Croise  

Demikianlah melalui hal ini kesalahan Yakub akan dihapuskan, dan inilah hasil sepenuhnya kalau dia menyingkirkan dosa-dosanya: apabila dia membuat semua batu mazbah jadi seperti batu-batu kapur yang dipecah-pecahkan, maka patung-patung Asyera dan tugu-tugu mazbah dupa tidak akan berdiri lagi.


Orang yang terlalu miskin untuk memberikan persembahan semacam itu memilih kayu yang tidak lekas lapuk. Dicarinya tukang yang ahli untuk menegakkan patung ukiran yang tidak akan goyah.


Beginilah harus kamu katakan kepada mereka, “Para tuhan yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi serta dari kolong langit ini.”


Semua manusia itu dungu dan tidak berpengetahuan. Semua tukang emas menjadi malu kerana patung ukiran mereka. Patung tuangan mereka ialah kebohongan, tidak ada nafas di dalamnya.


Semua itu kesia-siaan, pekerjaan yang menjadi bahan ejekan, yang akan binasa pada waktu dihukum.


“Beritahukanlah dalam kalangan bangsa, khabarkanlah, dan angkatlah panji-panji. Khabarkan dan jangan sembunyikan, katakanlah, ‘Babel telah direbut. Dewa Bel malu, Dewa Merodakh ketakutan. Patung-patungnya malu, berhala-berhalanya terkejut.’


Bahkan dewa-dewa mereka, patung-patung tuangan mereka, serta barang-barang mereka yang indah iaitu yang dibuat daripada perak dan emas akan dibawanya sebagai jarahan ke Mesir. Dia akan berhenti menyerang raja negeri utara selama beberapa tahun.


Segala patung ukirannya akan dihancurkan, segala upah sundalnya akan dibakar habis, dan segala berhalanya akan Kujadikan rosak. Kerana semuanya itu dikumpulkannya daripada upah pelacur, maka semuanya itu akan kembali menjadi upah pelacur.”


Buatlah tiruan ketumbuhanmu dan tiruan tikus-tikus yang merosakkan negerimu, lalu muliakanlah Allah Israel. Mudah-mudahan Dia akan mengundurkan tangan-Nya daripadamu, daripada tuhan-tuhanmu, dan dari negerimu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan