3 Keesokan harinya, ketika orang Asdod bangun pagi-pagi, tampaklah Dagon terjatuh dengan mukanya menyembam ke tanah di hadapan tabut TUHAN; lalu mereka mengambil Dagon dan mengembalikannya ke tempatnya.
3 Keesokan paginya, ketika penduduk Asdod pergi ke kuil itu, mereka nampak patung Dagon tertelungkup ke tanah di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN. Kemudian mereka mengangkat patung itu dan mengembalikannya ke tempatnya.
3 Keesokan paginya, ketika penduduk Asdod pergi ke kuil itu, mereka nampak patung Dagon tertelungkup ke tanah di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN. Kemudian mereka mengangkat patung itu dan mengembalikannya ke tempatnya.
Maka mereka mengambil lembu yang diberikan kepada mereka, mengolahnya, lalu memanggil nama Baal dari pagi sampai tengah hari. Mereka berseru-seru, “Ya Baal, jawablah kami!” Tetapi tidak ada suara dan tidak ada yang menjawab. Sementara itu mereka berkinja-kinja di sekeliling mazbah yang dibuat mereka.
Pada malam itu juga, Aku akan melintasi Tanah Mesir dan menyerang semua anak sulung di Tanah Mesir, daripada anak manusia sampai anak binatang. Akan Kuhukum semua tuhan sembahan warga Mesir. Akulah TUHAN.
Pernyataan ilahi tentang Mesir. Lihat, TUHAN mengenderai awan yang cepat dan datang ke Mesir. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan orang Mesir menjadi tawar hati.
Orang yang terlalu miskin untuk memberikan persembahan semacam itu memilih kayu yang tidak lekas lapuk. Dicarinya tukang yang ahli untuk menegakkan patung ukiran yang tidak akan goyah.
Si tukang menguatkan hati tukang emas, orang yang memipihkan logam dengan palu menguatkan hati orang yang menempa di atas landasan. Dia berkata tentang pematerian, “Itu baik,” kemudian menguatkannya dengan paku agar tidak boleh digerakkan.
Mereka mendukungnya di atas bahu, menanggungnya, lalu meletakkannya pada tempatnya. Di situ ia berdiri, tidak dapat berpindah dari tempatnya. Sekalipun orang berseru kepadanya, ia tidak menjawab. Dia tidak dapat menyelamatkan orang itu daripada kesesakannya.
TUHAN akan membuat mereka ketakutan, kerana Dia akan melenyapkan segala tuhan di bumi. Semua bangsa daerah pesisir akan sujud menyembah-Nya dari tempat masing-masing.
Buatlah tiruan ketumbuhanmu dan tiruan tikus-tikus yang merosakkan negerimu, lalu muliakanlah Allah Israel. Mudah-mudahan Dia akan mengundurkan tangan-Nya daripadamu, daripada tuhan-tuhanmu, dan dari negerimu.