Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian orang Filistin membawa tabut Allah itu masuk ke kuil Dagon, dan meletakkannya di samping patung Dagon itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Di kota itu, mereka membawa Tabut Perjanjian ke dalam kuil Dagon, dewa mereka. Mereka meletakkan Tabut itu di sisi patung dewa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Di kota itu, mereka membawa Tabut Perjanjian ke dalam kuil Dagon, dewa mereka. Mereka meletakkan Tabut itu di sisi patung dewa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:2
7 Iomraidhean Croise  

Mereka menyimpan segala senjata Saul di dalam kuil tuhan mereka serta memakukan kepalanya di rumah berhala Dagon.


Keesokan harinya, ketika orang Filistin datang untuk merampas apa-apa sahaja yang ada pada musuh yang terkorban itu, mereka menemukan Saul dan ketiga-tiga orang anaknya yang bergelimpangan di Gunung Gilboa.


Sambil mengecap air anggur itu, Belsyazar menitahkan supaya orang membawa ke hadapannya wadah-wadah emas dan perak yang telah diangkut oleh Nebukadnezar, leluhurnya, dari Bait Suci di Yerusalem, supaya para pembesarnya, isteri-isterinya, dan gundik-gundiknya dapat minum daripada wadah itu.


Sebaliknya, tuanku meninggikan diri terhadap Tuhan semesta langit dan menyuruh membawa wadah-wadah dari Bait-Nya kepada tuanku. Lalu tuanku, para pembesar tuanku, para isteri dan para gundik tuanku, minum air anggur daripada wadah itu. Tuanku memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada perak, emas, gangsa, besi, kayu, dan batu yang tidak dapat melihat, mendengar, atau mengetahui sesuatu. Tetapi Allah yang memegang nafas tuanku dan segala jalan hidup tuanku tidak tuanku besarkan.


Kemudian, laksana tiupan angin, mereka bergegas pergi. Kesalahan mereka ialah kerana mendewa-dewakan kekuatan diri sendiri.”


Itulah sebabnya dia mempersembahkan korban bagi jaringnya dan membakar dupa bagi pukat tariknya, kerana semua peralatannya itu membolehkannya mendapat bahagian yang lumayan dan makanan yang mewah.


Berhimpunlah para ketua warga kota Filistin untuk mengadakan korban sembelihan yang besar kepada tuhan mereka, Dagon, dan untuk bersuka ria. Berkatalah mereka, “Tuhan kita telah menyerahkan Simson, musuh kita ke dalam tangan kita.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan