Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Lalu mereka menghantar tabut Allah itu ke Ekron. Tetapi apabila tabut Allah tiba di Ekron, menjeritlah orang Ekron. Kata mereka, “Mereka memindahkan tabut Allah Israel ini ke tempat kita untuk mematikan kita dan rakyat kita!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, “Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, “Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:10
13 Iomraidhean Croise  

Aku telah menyertai engkau ke mana-mana pun engkau pergi dan telah melenyapkan semua musuhmu daripada hadapanmu. Aku akan membuat namamu besar, seperti nama orang besar yang ada di bumi.


Pada suatu ketika, Ahazia terjatuh menerusi kisi-kisi bilik di tingkat atas istananya di Samaria sehingga dia terluka. Dikirimnya beberapa orang utusan dengan pesanan, “Pergilah, carilah petunjuk daripada Baal-Zebub, tuhan di Ekron, sama ada aku akan sembuh daripada penyakit ini.”


Zabad, Sutelah, kemudian Ezer dan Elad, yang dibunuh oleh orang kaum Gat yang lahir di negeri itu kerana mereka merampas ternakan kaum Gat itu.


Akan Kulenyapkan penduduk dari Asdod, juga dia yang memegang cokmar kerajaan dari Askelon. Aku akan bertindak melawan Ekron, sehingga binasalah kesemua saki-baki orang Filistin,” demikianlah firman Tuhan Allah.


Menyeberanglah kamu ke Kalne dan tengoklah. Pergilah dari sana ke Hamat yang besar itu dan turunlah ke Gat, negeri orang Filistin. Adakah mereka lebih baik daripada kerajaan-kerajaan ini? Adakah daerah mereka lebih besar daripada daerahmu?


mulai Sungai Sikhor di sebelah timur Mesir sampai ke sempadan Ekron di sebelah utara — semua itu termasuk negeri bani Kanaan yang dimiliki oleh lima orang raja orang Filistin, iaitu di Gaza, Asdod, Askelon, Gat, dan Ekron — serta negeri bani Awi


lalu keluar ke lereng Ekron di sebelah utara, membelok ke Sikron, terus ke Gunung Baala, lalu keluar di Yabneel, dan berakhir di laut.


Ekron dengan bandar-bandar dan desa-desanya,


Bani Yehuda juga merebut tiga lagi buah kota, iaitu Gaza, Askelon dan Ekron, masing-masing dengan seluruh daerahnya sekali.


Maka bersorak rianglah orang Israel dan Yehuda sambil mara untuk mengejar orang Filistin sampai jalan masuk Gat dan ke pintu gerbang Ekron. Mayat orang Filistin yang terbunuh bergelimpangan di jalan menuju Saaraim, sampai Gat dan Ekron.


Oleh sebab itu, mereka meminta agar semua raja kota orang Filistin dikumpulkan, lalu berkata, “Hantarlah tabut Allah Israel ini kembali ke tempatnya, supaya jangan kita dan rakyat kita terbunuh.” Di seluruh kota itu memang ada kegemparan yang mematikan. Tangan Allah menekan mereka dengan sangat berat di sana.


Namun begitu, setelah mereka memindahkan tabut itu ke kota itu, tangan TUHAN juga mendatangkan kegemparan yang amat besar di sana. Dia mendatangkan seksa terhadap penduduk kota itu, daripada yang kecil kepada yang besar, sehingga muncul wabak ketumbuhan dalam kalangan mereka.


Selama tujuh bulan tabut TUHAN berada di bumi orang Filistin.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan