Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Sebaik sahaja tibanya tabut perjanjian TUHAN di perkhemahan, bersoraklah seluruh orang Israel dengan nyaring, sehingga bumi bergoncang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Apabila Tabut Perjanjian itu sampai di perkhemahan, tentera Israel bersorak dengan sangat kuat kerana gembira, sehingga bumi bergoncang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Apabila Tabut Perjanjian itu sampai di perkhemahan, tentera Israel bersorak dengan sangat kuat kerana gembira, sehingga bumi bergoncang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:5
10 Iomraidhean Croise  

Zadok dan semua orang Lewi yang menyertainya ada juga di sana. Mereka mengusung tabut perjanjian Allah. Selain itu, Abyatar juga datang. Kemudian tabut Allah itu diletakkan mereka ke bawah sampai seluruh rakyat selesai menyeberang dan berada jauh dari kota itu.


Sesudah itu seluruh rakyat pergi mengiringi dia. Orang ramai itu bermain seruling dan bersukacita sambil bersorak-sorai gembira, sampai bumi seakan-akan terbelah oleh suara mereka.


bahawa sorak-sorai orang fasiq sebentar sahaja dan sukacita orang munafik hanya sesaat?


Jangan percaya kepada perkataan dusta yang berbunyi, ‘Inilah Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN.’


Wahai kamu yang menganggap hari malapetaka masih jauh dan mendekatkan pemerintahan berunsur keganasan,


Sekiranya ada orang yang menuruti kesia-siaan dan kebohongan sehingga dia berdusta: ‘Aku akan berkhutbah kepadamu tentang air anggur dan minuman keras,’ dialah yang akan menjadi pengkhutbah bagi bangsa ini!


Maka bersoraklah umat itu manakala para imam meniup sangkakala. Sebaik sahaja mendengar bunyi sangkakala itu orang Israel pun bersorak dengan sorak yang nyaring, lantas runtuhlah tembok itu di tempatnya. Lalu umat itu memanjat masuk ke dalam kota dengan setiap orang menuju ke tempat di depan masing-masing. Mereka pun menawan kota itu.


Apabila kamu mendengar sangkakala tanduk domba jantan itu dibunyikan panjang, maka hendaklah seluruh umat bersorak dengan sorakan yang nyaring. Tembok kota itu akan roboh di tempatnya dan hendaklah seluruh umat itu memanjat tempat yang ada di hadapan masing-masing.”


Setibanya di Lehi, semua orang Filistin mendatangi Simson dengan bersorak-sorai. Maka berkuasalah Roh TUHAN ke atasnya. Tali-tali pada tangannya menjadi seperti batang rami yang telah habis dimakan api dan segala ikatan hancur tanggal daripada tangannya.


Dan orang Filistin yang mendengar bunyi sorak itu berkata, “Apakah bunyi sorak yang nyaring di perkhemahan orang Ibrani itu?” Lalu diketahuilah mereka bahawa tabut TUHAN telah sampai di perkhemahan itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan