Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Mereka pun menyuruh beberapa orang ke Silo untuk membawa tabut perjanjian TUHAN alam semesta, yang bersemayam di atas para kerubin. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas mengiring tabut perjanjian Allah itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Oleh itu mereka mengutus orang ke Silo untuk mengambil Tabut Perjanjian TUHAN Yang Maha Kuasa, yang bertakhta di atas kerub. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas pun datang bersama-sama Tabut Perjanjian itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Oleh itu mereka mengutus orang ke Silo untuk mengambil Tabut Perjanjian TUHAN Yang Maha Kuasa, yang bertakhta di atas kerub. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas pun datang bersama-sama Tabut Perjanjian itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:4
18 Iomraidhean Croise  

Zadok dan semua orang Lewi yang menyertainya ada juga di sana. Mereka mengusung tabut perjanjian Allah. Selain itu, Abyatar juga datang. Kemudian tabut Allah itu diletakkan mereka ke bawah sampai seluruh rakyat selesai menyeberang dan berada jauh dari kota itu.


Kemudian Daud dan seluruh rakyat bersiap-siap lalu berjalan dari Baale-Yehuda, untuk mengangkut dari sana tabut Allah, yang disebut dengan nama TUHAN alam semesta yang bertakhta di atas kerubin.


Lalu berdoalah Hizkia kepada TUHAN, “Ya TUHAN, Allah Israel, yang bersemayam di atas malaikat-malaikat kerubin! Hanya Engkaulah Allah atas segala kerajaan di bumi. Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi.


Dengarlah, wahai Gembala Israel, Engkau yang telah memandu Yusuf seperti sekawan domba; Engkau yang tinggal di antara malaikat-malaikat kerubin, limpahkanlah sinar-Mu


di hadapan suku Efraim, Benyamin, dan Manasye. Bangkitkanlah kekuatan-Mu; dan datang menyelamatkan kami.


TUHAN bertakhta memerintah, biarlah bangsa-bangsa gementar; Dia tinggal di antara malaikat kerubin, biarlah bumi bergegar.


“Ya TUHAN alam semesta, Allah Israel yang bersemayam di atas malaikat-malaikat kerubin! Hanya Engkaulah Allah atas segala kerajaan di bumi. Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi.


Sekarang, mohonkanlah belas kasihan Allah, supaya Dia mengasihani kita. Hal ini terjadi akibat perbuatanmu sendiri. Sudikah Dia terima seorang daripada kalangan kamu? Demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Setelah Harun dan anak-anaknya menudungi kesemua barang suci dan segala kelengkapan tempat suci ketika perkhemahan akan berangkat, barulah bani Kehat boleh datang untuk mengusung semuanya. Akan tetapi, mereka tidak boleh menyentuh barang-barang suci itu, supaya jangan mereka mati. Itulah barang-barang di Khemah Pertemuan yang perlu diusung oleh bani Kehat.


Ketika perkhemahan akan berangkat, hendaklah Harun dan anak-anaknya masuk ke dalam untuk menurunkan tabir penyekat dan menudungi tabut loh hukum dengan tabir itu.


Apabila Musa masuk ke dalam Khemah Pertemuan untuk berbicara dengan TUHAN, dia mendengar suara yang berfirman kepadanya dari sebelah atas penutup pendamaian yang di atas tabut loh hukum dan di antara kedua-dua arca kerubin itu lalu Dia berfirman kepadanya sedemikian.


Setelah anak itu bercerai susu, dia pun membawa dan menghantar anak itu ke Bait TUHAN di Silo. Dia juga membawa bersama-samanya seekor lembu berumur tiga tahun, satu efa tepung, dan sekantung kulit air anggur. Pada waktu itu anak itu masih kecil.


Ahia anak Ahitub, saudara Ikabod anak Pinehas anak Eli, imam TUHAN di Silo, ialah orang yang memakai baju efod pada waktu itu. Maka rakyat juga tidak mengetahui bahawa Yonatan telah pergi.


Eli sudah sangat tua. Dia mendengar segala sesuatu yang dilakukan anak-anaknya terhadap semua orang Israel dan bahawa mereka tidur dengan perempuan-perempuan yang menunaikan tugas di muka pintu Khemah Pertemuan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan