Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Ketika anggota pasukan yang selamat sampai di perkhemahan, berkatalah para tua-tua Israel, “Mengapakah hari ini TUHAN membuat kita kalah di hadapan orang Filistin? Mari kita membawa tabut perjanjian TUHAN dari Silo ke sini, supaya Dia hadir antara kita dan menyelamatkan kita daripada tangan musuh-musuh kita ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Apabila tentera Israel yang masih hidup pulang ke perkhemahan, para pemimpin Israel berkata, “Mengapakah TUHAN membiarkan tentera Filistin mengalahkan kita hari ini? Marilah kita membawa Tabut Perjanjian TUHAN dari Silo, supaya Dia akan menyertai kita dan menyelamatkan kita daripada musuh.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Apabila tentera Israel yang masih hidup pulang ke perkhemahan, para pemimpin Israel berkata, “Mengapakah TUHAN membiarkan tentera Filistin mengalahkan kita hari ini? Marilah kita membawa Tabut Perjanjian TUHAN dari Silo, supaya Dia akan menyertai kita dan menyelamatkan kita daripada musuh.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:3
34 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja berkata kepada Zadok, “Bawalah tabut Allah itu kembali ke dalam kota. Jika TUHAN berkenan padaku, tentu aku akan dibawa-Nya kembali dan diizinkan melihat tabut itu lagi serta tempat kediaman-Nya.


Maka setelah selesa Daud menetap dalam istananya, berkatalah dia kepada nabi Natan, “Lihatlah, aku ini tinggal di dalam rumah yang dibina daripada kayu araz, tetapi tabut perjanjian TUHAN berada di bawah khemah.”


Ya Allah, mengapakah Engkau menyingkirkan kami untuk selama-lamanya? Mengapakah kemurkaan-Mu berasap terhadap domba di padang-Mu?


Mengapakah Engkau menarik balik tangan-Mu, ya, tangan kanan-Mu? Keluarkanlah tangan-Mu dari dada-Mu dan musnahkan mereka!


Beginilah firman TUHAN “Di manakah surat cerai ibumu tanda Aku mengusir dia? Atau, kepada siapakah antara pemiutang-Ku Aku pernah menjual engkau? Sesungguhnya, kamu dijual atas sebab kesalahan-kesalahanmu, dan ibumu diusir kerana segala pelanggaranmu.


Kata mereka, ‘Untuk apa kami berpuasa, padahal Engkau tidak melihatnya? Untuk apa kami merendahkan diri, padahal Engkau tidak memperhatikannya?’ Sesungguhnya, pada hari puasamu kamu mencari kesenangan sendiri dan menindas semua pekerjamu.


Sesungguhnya, tangan TUHAN tidak kurang berkuasa untuk menyelamatkan, dan pendengaran-Nya tidak tumpul untuk mendengar.


Tetapi kesalahanmu telah menjadi pemisah antara kamu dengan Allahmu, dan dosa-dosamu membuat Dia menyembunyikan diri daripadamu sehingga Dia tidak mendengar.


Pada waktu itu, apabila kamu bertambah ramai dan beranak cucu di negeri ini,” demikianlah firman TUHAN, “orang tidak lagi akan menyebut, ‘Tabut perjanjian TUHAN.’ Itu tidak akan timbul dalam hati dan tidak akan diingat-ingat lagi. Orang tidak akan mencarinya atau membuatnya lagi.


Jangan percaya kepada perkataan dusta yang berbunyi, ‘Inilah Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN, Bait Suci TUHAN.’


Maka berangkatlah mereka dari gunung TUHAN itu, tiga hari perjalanan jauhnya, sementara tabut perjanjian TUHAN telah berangkat mendahului mereka tiga hari perjalanan jauhnya untuk mencari tempat perhentian bagi mereka.


Setiap kali tabut dibawa berangkat, Musa berkata, “Bertindaklah, ya TUHAN! Biarlah musuh-Mu tercerai-berai dan biarlah orang yang membenci Engkau melarikan diri dari hadirat-Mu.”


Musa pun menghantar mereka, iaitu seribu orang daripada setiap suku itu, untuk berperang bersama-sama Pinehas, anak Imam Eleazar, yang membawa kelengkapan tempat suci serta segala nafiri yang memberikan isyarat semboyan di tangannya.


Segala bangsa akan berkata, ‘Mengapakah TUHAN memperlakukan negeri ini demikian? Apakah erti bernyala-nyalanya kemurkaan-Nya yang hebat ini?’


“Ambillah Kitab Suci Taurat ini dan letakkanlah di samping tabut perjanjian TUHAN, Allahmu. Kitab itu akan ada di situ sebagai saksi terhadap kamu,


Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian.


Di situ terdapat mazbah perasapan emas, tabut perjanjian yang bersalut emas, bokor emas yang berisi manna, tongkat Harun yang bertunas, dan loh-loh perjanjian.


maka katakanlah kepada mereka bahawa air Sungai Yordan terputus di depan tabut perjanjian TUHAN. Ketika tabut itu menyeberangi Sungai Yordan, air Sungai Yordan terputus. Batu-batu itu akan menjadi tanda peringatan bagi orang Israel untuk selama-lamanya.”


Kemudian Yosua anak Nun memanggil para imam dan berkata kepada mereka, “Angkatlah tabut perjanjian itu. Tujuh orang imam harus membawa tujuh sangkakala tanduk domba di depan tabut TUHAN.”


Kata Yosua, “Aduh, ya Tuhan ALLAH, mengapakah Engkau membawa bangsa ini menyeberangi Sungai Yordan? Untuk menyerahkan kami ke dalam tangan bani Amori supaya kami binasa? Kalau sahaja kami puas dan tetap tinggal di seberang Sungai Yordan!


Ya Tuhan, apakah yang harus kukatakan setelah umat Israel berbalik membelakangi musuh mereka?


Air bah itu melambangkan baptisan yang sekarang menyelamatkan kita, baptisan — bukan pembersihan kotoran badan tetapi sambutan hati nurani yang bersih terhadap Allah — melalui pembangkitan Yesus Kristus daripada kematian.


Sungguhpun kamu sudah maklum segalanya, aku ingin mengingatkanmu bahawa Tuhan telah menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir dan kemudiannya memusnahkan mereka yang tidak percaya.


Setelah anak itu bercerai susu, dia pun membawa dan menghantar anak itu ke Bait TUHAN di Silo. Dia juga membawa bersama-samanya seekor lembu berumur tiga tahun, satu efa tepung, dan sekantung kulit air anggur. Pada waktu itu anak itu masih kecil.


Kata Saul kepada Ahia, “Bawalah ke mari tabut Allah.” Pada waktu itu tabut Allah sememangnya pergi bersama-sama orang Israel.


Orang Filistin mengatur barisan untuk berhadapan dengan orang Israel dan berjaya menewaskan kira-kira empat ribu orang Israel di medan perang itu ketika pertempuran begitu sengit lagi meluas.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan