Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Orang Filistin mengatur barisan untuk berhadapan dengan orang Israel dan berjaya menewaskan kira-kira empat ribu orang Israel di medan perang itu ketika pertempuran begitu sengit lagi meluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tentera Filistin menyerang tentera Israel, dan setelah bertempur dengan sengit, tentera Israel kalah. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh oleh tentera Filistin di medan peperangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tentera Filistin menyerang tentera Israel, dan setelah bertempur dengan sengit, tentera Israel kalah. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh oleh tentera Filistin di medan peperangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:2
13 Iomraidhean Croise  

Marilah kita memeriksa dan meneliti cara hidup kita, lalu kembali kepada TUHAN.


Mereka akan saling terhantuk dan berlanggaran sesama sendiri untuk lari daripada pedang walhal tiada sesiapa yang mengejar mereka. Kamu tidak akan berdaya untuk bertahan di hadapan para musuhmu.


Maka orang Amalek dan bani Kanaan yang tinggal di pergunungan itu turun menyerbu mereka dan mengejar mereka sampai ke Horma.


Itulah sebabnya orang Israel tidak dapat bertahan di hadapan musuh mereka. Ternyata mereka berundur di hadapan musuh mereka, kerana mereka sendiri telah dikhususkan untuk ditumpas. Aku tidak akan menyertai kamu lagi, kecuali jika kamu memusnahkan barang-barang yang ditakdiskan dalam kalanganmu.


Orang Israel dan orang Filistin mengatur barisan masing-masing, barisan perang berhadapan dengan barisan perang.


Dia berdiri dan berseru kepada barisan orang Israel. Katanya kepada mereka “Mengapakah kamu keluar mengatur barisan perang? Aku seorang Filistin dan bukankah kamu para hamba Saul? Pilihlah seorang untuk mewakilimu dan turun menghadapi aku.


Perkataan Samuel sampai kepada semua orang Israel. Maka majulah orang Israel untuk menghadapi orang Filistin dalam peperangan. Mereka berkhemah dekat Eben-Haezer manakala orang Filistin berkhemah di Afek.


Lalu berperanglah orang Filistin, dan orang Israel pun tewas lalu mereka melarikan diri ke khemah masing-masing. Terjadilah pembunuhan yang amat besar, dan daripada tentera orang Israel, gugur tiga puluh ribu orang pasukan berjalan kaki.


Ketika anggota pasukan yang selamat sampai di perkhemahan, berkatalah para tua-tua Israel, “Mengapakah hari ini TUHAN membuat kita kalah di hadapan orang Filistin? Mari kita membawa tabut perjanjian TUHAN dari Silo ke sini, supaya Dia hadir antara kita dan menyelamatkan kita daripada tangan musuh-musuh kita ini.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan