Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Lalu berperanglah orang Filistin, dan orang Israel pun tewas lalu mereka melarikan diri ke khemah masing-masing. Terjadilah pembunuhan yang amat besar, dan daripada tentera orang Israel, gugur tiga puluh ribu orang pasukan berjalan kaki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Tentera Filistin berperang dengan sekuat tenaga, lalu mereka mengalahkan tentera Israel. Tentera Israel lari ke khemah masing-masing kerana mereka kalah teruk; sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Tentera Filistin berperang dengan sekuat tenaga, lalu mereka mengalahkan tentera Israel. Tentera Israel lari ke khemah masing-masing kerana mereka kalah teruk; sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:10
19 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka mengangkut jenazah Absalom dan mencampakkannya ke dalam sebuah lubang besar di hutan itu. Lalu di atasnya didirikan mereka suatu timbunan batu yang amat besar. Sementara itu semua orang Israel melarikan diri, masing-masing ke khemahnya.


Di sana pasukan Israel dikalahkan di hadapan anak buah Daud, dan pada hari itu terjadilah pertumpahan darah besar-besaran dengan tertumpasnya dua puluh ribu orang.


Kemudian bangunlah raja lalu duduk di pintu gerbang. Maka kepada seluruh rakyat dikhabarkan demikian, “Ketahuilah, raja duduk di pintu gerbang.” Lalu datanglah seluruh rakyat menghadap raja. Sementara itu orang Israel telah melarikan diri ke rumah masing-masing.


Kebetulan di sana ada seorang yang rendah akhlak bernama Seba anak Bikri, seorang Benyamin. Dia meniup sangkakala dan berkata, “Kita tidak mendapat bahagian daripada Daud, kita tidak mendapat harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai orang Israel!”


Setelah semua orang Israel melihat bahawa raja tidak mahu mendengar permintaan mereka, maka rakyat menjawab raja demikian, “Bahagian apakah yang kita peroleh daripada Daud? Kita tidak memperoleh harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemahmu, wahai Israel! Sekarang uruslah rumah tanggamu sendiri, wahai Daud!” Maka pergilah orang Israel ke khemah mereka.


Kira-kira pada waktu matahari terbenam, terdengarlah seruan antara pasukan itu, “Pulanglah ke kota serta ke tanah masing-masing!”


Orang Yehuda dikalahkan di hadapan orang Israel, sehingga mereka lari ke khemah masing-masing.


Abia dan pasukannya mengalahkan mereka dengan pembantaian besar-besaran, hingga daripada Israel tewas terbunuh lima ratus ribu orang pilihan.


Orang Yehuda dikalahkan di hadapan orang Israel, sehingga mereka lari ke khemah masing-masing.


Kaum Efraim yang bersenjatakan panah, berundur pada hari pertempuran;


“Pergilah ke tempat suci-Ku di Silo, tempat Aku menegakkan nama-Ku pada mula-mulanya, dan lihatlah apa yang telah Kulakukan terhadap tempat itu kerana kejahatan umat-Ku Israel!


Aku akan memusuhi kamu dan kamu akan tumpas kepada para musuhmu. Mereka yang membenci kamu akan menguasai kamu, dan kamu akan melarikan diri walhal tiada sesiapa yang mengejar kamu.


Akan tetapi, jika kamu tidak mahu mematuhi TUHAN, Allahmu, untuk melakukan dengan setia segala perintah-Nya dan kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka segala kutukan ini mendatangi ke atasmu dan sampai kepadamu:


TUHAN akan menyebabkan kamu tumpas di hadapan musuh-musuhmu. Kamu akan mara melalui satu jalan untuk menyerang mereka, tetapi akan lari melalui tujuh jalan dari hadapan mereka. Kamu akan menjadi suatu kengerian bagi segala kerajaan di bumi.


Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Ketahuilah, Aku akan melakukan sesuatu di Israel, sehingga akan berdesing kedua-dua belah telinga setiap orang yang mendengarnya.


Orang Filistin mengatur barisan untuk berhadapan dengan orang Israel dan berjaya menewaskan kira-kira empat ribu orang Israel di medan perang itu ketika pertempuran begitu sengit lagi meluas.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan