Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 3:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Lalu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah berbaring. Nanti, jika Dia memanggil engkau, katakanlah, ‘Ya TUHAN, berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.’ ” Maka pergilah Samuel berbaring di tempatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Oleh itu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah tidur. Jika engkau dipanggil lagi, jawablah, ‘Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.’ ” Lalu Samuel balik ke tempat tidurnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Oleh itu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah tidur. Jika engkau dipanggil lagi, jawablah, ‘Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.’ ” Lalu Samuel balik ke tempat tidurnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 3:9
9 Iomraidhean Croise  

Aku akan mendengar firman Allah, TUHAN; kerana Dia akan melafazkan sejahtera kepada umat-Nya dan orang warak-Nya — tetapi janganlah mereka kembali kepada kebodohan mereka.


Sesungguhnya, penyelamatan-Nya dekat kepada mereka yang takut kepada-Nya, supaya kemuliaan menetap di tanah kita.


Kata mereka kepada Musa, “Engkau sajalah yang berbicara kepada kami, kami akan mendengar kata-katamu, tetapi janganlah Allah yang berbicara kepada kami, nanti kami mati.”


Setelah itu, kudengar suara Tuhan berfirman, “Siapakah yang akan Kuutus? Siapakah yang mahu pergi bagi kita?” Maka kataku, “Ini aku, utuslah aku!”


Katanya, “Jangan takut, wahai orang yang sangat dikasihi! Sejahteralah engkau! Jadilah kuat, ya, jadilah kuat!” Ketika dia berbicara denganku, aku menjadi kuat. Lalu kataku, “Berbicaralah, tuanku, kerana tuan telah menguatkan hamba.”


Bangkitlah, masuklah ke kota. Di sana engkau akan diberitahu apa yang harus kaubuat.”


Lelaki itu menjawab, “Kedua-duanya pun bukan. Aku datang sekarang sebagai Panglima malaikat TUHAN.” Yosua pun bersujud dan memberi hormat lantas berkata kepadanya, “Apakah yang akan tuanku sabdakan kepada hambanya ini?”


TUHAN pun hadir dan memanggilnya seperti yang sudah-sudah, “Samuel! Samuel!” Jawab Samuel, “Berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.”


Kemudian TUHAN memanggil Samuel sekali lagi, buat kali ketiganya. Samuel pun bangunlah, lalu pergi mendapatkan Eli seraya katanya, “Ya, aku ada di sini, bukankah tuan memanggil aku?” Maka mengertilah Eli bahawa TUHAN yang memanggil anak itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan