tetapi sesiapa yang hendak bermegah, biarlah dia bermegah kerana hal ini: bahawa dia memahami dan mengenal Aku, bahawa Akulah TUHAN, yang menunjukkan kasih abadi, keadilan, dan perbenaran di bumi. Sesungguhnya, hal-hal itulah yang Kusukai,” demikianlah firman TUHAN.
lalu berkata, “Adakah kamu menerima Roh Kudus pada waktu kamu percaya kepada Yesus?” Mereka menjawab, “Kami belum pernah mendengar pun tentang adanya Roh Kudus.”
Pada zaman kanak-kanak, aku bercakap secara kanak-kanak, mengerti secara kanak-kanak, berhujah secara kanak-kanak. Tetapi setelah aku dewasa, segala sifat kanak-kanak itu kutinggalkan.
TUHAN memanggil Samuel sekali lagi. Maka bangunlah Samuel lalu pergi mendapatkan Eli seraya berkata, “Ya, aku ada di sini, bukankah tuan memanggil aku?” Tetapi Eli berkata, “Aku tidak memanggil, anakku; tidurlah semula.”
Kemudian TUHAN memanggil Samuel sekali lagi, buat kali ketiganya. Samuel pun bangunlah, lalu pergi mendapatkan Eli seraya katanya, “Ya, aku ada di sini, bukankah tuan memanggil aku?” Maka mengertilah Eli bahawa TUHAN yang memanggil anak itu.