Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 3:18 - Alkitab Versi Borneo

18 Maka Samuel memberitahu kepadanya segala hal itu tanpa menyembunyikan apa-apa. Kata Eli, “Dialah TUHAN. Biarlah Dia melakukan apa yang dipandang baik oleh-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 3:18
18 Iomraidhean Croise  

Engkau sekali-kali tidak akan melakukan hal itu, membunuh orang benar bersama-sama orang fasiq, sehingga orang benar itu disamakan dengan orang fasiq. Engkau sekali-kali tidak akan melakukan sedemikian! Bukankah Hakim semesta bumi akan berlaku adil?”


Kuatkanlah hatimu dan marilah kita bertabah hati demi bangsa kita dan demi kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik di sisi-Nya.”


Tetapi jika Dia berfirman begini, ‘Aku tidak berkenan padamu,’ maka sesungguhnya aku ikhlas. Biarlah dilakukan-Nya terhadap aku apa yang dipandang-Nya baik.”


Kata Hizkia kepada Yesaya, “Firman TUHAN yang kausampaikan itu baik.” Kerana fikirnya, “Bukankah itu bererti ada kedamaian dan keamanan pada zamanku?”


Kuatkanlah hatimu dan marilah kita menguatkan hati demi bangsa kita dan demi kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik dalam pandangan-Nya.”


katanya, “Dengan telanjang aku keluar daripada kandungan ibuku, dan dengan telanjang juga aku akan pergi. TUHAN yang memberikan; TUHAN yang mengambil, segala puji bagi nama TUHAN!”


Tetapi jawab Ayub kepadanya, “Engkau bercakap seperti seorang perempuan jahil lagi bodoh. Takkan kita hanya mahu menerima yang baik daripada Allah, dan tidak mahu menerima yang buruk?” Dalam semua hal itu, Ayub tidak berdosa dengan bibirnya.


Aku membisu; aku tidak membuka mulutku, kerana Engkau yang melakukannya.


Turunlah TUHAN dalam awan lalu hadir dan berdiri bersama-sama Musa di sana seraya menyeru nama TUHAN.


Kata Hizkia kepada Yesaya, “Firman TUHAN yang kausampaikan itu baik.” Kerana fikirnya, “Kedamaian dan keamanan akan wujud pada zamanku!”


Nabi Yeremia menyampaikan seluruh firman ini kepada Zedekia, raja Yehuda, di Yerusalem,


Raja Zedekia menyuruh orang untuk membawa Nabi Yeremia menghadap dia di pintu ketiga di Bait TUHAN. Kata raja kepada Yeremia, “Aku mahu menanyakan sesuatu kepadamu. Jangan sembunyikan apa-apa daripadaku.”


Kata Nabi Yeremia kepada mereka, “Aku mendengar permintaanmu. Ya, aku akan berdoa kepada TUHAN, Allahmu, seperti yang kaukatakan. Nanti, segala firman yang TUHAN berikan sebagai jawapan untukmu akan kuberitahu kepadamu, tiada satu pun kusembunyikan daripadamu.”


Mengapakah orang hidup harus bersungut-sungut, ketika dia dihukum atas dosa-dosanya?


Kata Musa kepada Harun, “Inilah yang difirmankan TUHAN, ‘Melalui orang yang rapat dengan-Ku, Aku akan menyatakan kesucian-Ku, dan di hadapan seluruh umat Aku akan dimuliakan.’ ” Harun pun berdiam diri.


Oleh itu, rendahkan dirimu di bawah kuasa Allah, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktu yang telah ditetapkan.


Berkatalah orang Israel kepada TUHAN, “Kami telah berdosa. Buatlah kepada kami apa sahaja yang baik di mata-Mu. Tetapi mohon Engkau tolonglah kami pada hari ini!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan