Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 27:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Maka Daud dan para pahlawannya bergerak maju dan menyerbu orang Gesur, orang Girzi dan orang Amalek; kerana orang itu memang penduduk asal negeri itu yang membentang dari Telam ke arah Syur sampai Tanah Mesir.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Selama itu, Daud dan anak buahnya biasa menyerang orang Gesur, Girzi, dan Amalek; mereka sudah lama tinggal di kawasan itu. Daud menyerbu kawasan mereka sampai ke Sur, dan terus ke Mesir di sebelah selatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Selama itu, Daud dan anak buahnya biasa menyerang orang Gesur, Girzi, dan Amalek; mereka sudah lama tinggal di kawasan itu. Daud menyerbu kawasan mereka sampai ke Sur, dan terus ke Mesir di sebelah selatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 27:8
22 Iomraidhean Croise  

Inilah negeri yang belum ditawan: seluruh wilayah orang Filistin dan seluruh negeri bani Gesur,


Tetapi orang Israel tidak mengusir bani Gesur dan bani Maakha, sehingga bani Gesur dan bani Maakha masih tinggal antara orang Israel sampai hari ini.


Bani Efraim pun tidak menghalau bani Kanaan yang mendiami Gezer dan bani Kanaan terus tinggal di situ bersama-sama mereka.


Namun begitu, mereka tidak mengusir bani Kanaan yang tinggal di Gezer, sehingga bani Kanaan itu masih tinggal antara bani Efraim sampai hari ini sebagai buruh paksa.


Tetapi Gesur dan Aram merebut Hawot-Yair daripada mereka, juga Kenat dan kota-kota kecilnya sebanyak enam puluh buah kota semuanya. Itulah seluruh keturunan Makhir, ayah Gilead.


Semasa tinggal di Gesur, di Aram, hambamu ini pernah mengucapkan nazar demikian, ‘Jika TUHAN benar-benar mengembalikan aku ke Yerusalem, aku akan beribadat kepada TUHAN.’ ”


Jawab Absalom kepada Yoab, “Sesungguhnya, aku telah menyuruh orang untuk menemuimu dengan pesan, ‘Datanglah ke mari, supaya aku dapat mengutus engkau kepada raja untuk bertanya, “Apakah gunanya hamba datang dari Gesur? Lebih baik hamba tetap tinggal di sana.” ’ Jadi sekarang, biarlah aku datang menghadap raja. Jika aku bersalah, aku rela dihukum mati.”


Setelah itu, bangkitlah Yoab lalu pergi ke Gesur dan membawa Absalom ke Yerusalem.


Setibanya Daud dan anak buahnya di Ziklag pada hari ketiganya, ternyata orang Amalek telah menyerang Tanah Negeb dan Ziklag. Mereka mengalahkan serta membakar habis Ziklag.


Kemudian datanglah orang Amalek dan berperang melawan orang Israel di Rafidim.


Setelah itu, Musa memimpin orang Israel mara dari Laut Merah, lalu mereka memasuki Gurun Syur. Selama tiga hari mereka berjalan di gurun itu tanpa mendapat air.


Dia memerintah Gunung Hermon, Salkha, seluruh Basan sampai ke sempadan daerah bani Gesur dan bani Maakha, juga setengah daripada wilayah Gilead sampai ke sempadan daerah Sihon, raja Hesbon.


Maka Akhis memanggil Daud dan berkata kepadanya, “Demi TUHAN yang hidup, engkau memang tulus hati. Aku juga memandang baik pergerakanmu bersama-samaku dalam pasukan dan aku tidak mendapati kesalahan padamu sejak engkau datang kepadaku sampai hari ini. Namun demikian, para raja kota itu tidak berkenan kepadamu.


Anak yang kedua ialah Kileab daripada Abigail, balu Nabal, orang Karmel. Anak yang ketiga ialah Absalom, anak Maakha anak Talmai, raja Gesur.


Tidak beberapa lama selepas itu, datanglah anak buah Daud bersama-sama Yoab setelah selesai menjalankan penyerbuan. Mereka membawa banyak jarahan. Abner sudah tidak lagi bersama Daud di Hebron kerana Daud telah menyuruh dia pergi dan dia berangkat dengan selamat.


iaitu orang Aram, orang Moab, orang Amon, orang Filistin, dan orang Amalek. Selain itu dia juga mentakdiskan hasil jarahan daripada Hadadezer anak Rehob, raja Zoba.


Bani Amalek tinggal di Tanah Negeb. Bani Het, bani Yebus, dan bani Amori tinggal di pergunungan, sedangkan bani Kanaan tinggal di pesisir dan di tepi Sungai Yordan.”


Maka orang Amalek dan bani Kanaan yang tinggal di pergunungan itu turun menyerbu mereka dan mengejar mereka sampai ke Horma.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan