1 Samuel 27:1 - Alkitab Versi Borneo1 Terfikirlah Daud dalam hatinya, “Bagaimanapun juga pada suatu hari aku akan binasa di tangan Saul. Oleh itu, tidak ada yang lebih baik bagiku selain berlari dan menyelinap ke negeri orang Filistin; tatkala itu tentunya Saul tiada harapan untuk mencari aku lagi di seluruh daerah Israel dan akan terlepaslah aku daripada tangannya.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.” Faic an caibideil |
Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau akan berdukacita atas Saul kerana Aku telah menolak dia sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada seorang Betlehem bernama Isai, kerana Aku telah memilih bagi-Ku seorang raja daripada kalangan anaknya.”
Sekarang, sudilah Tuanku Raja mendengar kata-kata hambanya ini. Jika TUHAN yang menggerakkan tuanku untuk melawan hamba, biarlah Dia menerima suatu persembahan. Tetapi jika itu manusia, terkutuklah mereka di hadapan TUHAN, kerana pada hari ini mereka menghalau hamba dengan berkata, ‘Pergilah, beribadatlah kepada tuhan lain,’ sehingga hamba tidak mendapat bahagian dalam milik pusaka TUHAN.
Lalu para panglima orang Filistin berkata, “Apakah urusan kumpulan orang Ibrani ini?” Jawab Akhis kepada para panglima orang Filistin, “Bukankah ini Daud, hamba Saul, raja Israel, yang sudah bersama-samaku berhari-hari dan bertahun-tahun? Sehingga kini pun, aku dapati tiada apa-apa kesalahan pun padanya sejak dia membelot sampai hari ini.”