1 Samuel 26:9 - Alkitab Versi Borneo9 Tetapi kata Daud kepada Abisai, “Jangan binasakan dia. Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik TUHAN dan bebas daripada kesalahan?” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya. Faic an caibideil |
Lalu Samuel mengambil kendi berisi minyak zaitun lantas menuangnya ke atas kepala Saul lalu menciumnya sambil berkata, “Bukankah TUHAN telah melantik engkau untuk menjadi raja atas umat-Nya Israel? Engkau akan memegang tampuk pemerintahan atas umat TUHAN, dan engkau akan menyelamatkan mereka daripada tangan para musuh yang ada di sekitar. Inilah tanda bagimu, bahawa TUHAN telah menobatkan engkau untuk menjadi raja atas pusaka milik-Nya sendiri.
Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”