Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 26:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Kata Abisai kepada Daud, “Pada hari ini Allah telah menyerahkan musuh tuan ke dalam tangan tuan. Sekarang, biarlah hamba tancapkan dia ke tanah dengan tombak ini dengan sekali tikam sahaja. Tidak perlulah hamba menyerangnya dua kali.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 26:8
16 Iomraidhean Croise  

Kemudian Abisai anak Zeruya berkata kepada raja, “Mengapakah anjing mati ini harus mengutuk Tuanku Raja? Izinkan hamba menyeberang dan memenggal kepalanya!”


Engkau tidak menyerahkan aku ke dalam cengkaman musuh; Engkau telah menjejakkan kakiku di tempat yang lapang.


Kemudian Yohanan anak Kareah berbicara secara diam-diam kepada Gedalya di Mizpa, katanya, “Izinkanlah aku pergi membunuh Ismael anak Netanya. Tiada seorang pun akan tahu. Mengapa dia harus membunuh tuan sehingga semua orang Israel yang telah berkumpul di sekeliling tuan harus tercerai-berai lagi dan saki-baki orang Yehuda binasa?”


Apa-apa sahaja rancanganmu melawan TUHAN akan sama sekali ditamatkan-Nya. Kesesakan tidak akan timbul dua kali.


Allah telah mengeraskan hati mereka dalam keingkaran, supaya Dia dapat mengasihani semuanya.


Bagaimana mungkin seorang dapat mengejar seribu orang, atau dua orang dapat menyebabkan sepuluh ribu orang lari, kalau mereka tidak dijual oleh Batu Pejal mereka? TUHAN telah menyerahkan mereka!


TUHAN memberikan ketenteraman di sekeliling mereka, selaras dengan semua yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka. Daripada semua musuh mereka, tiada seorang pun dapat bertahan menghadapi mereka. Semua musuh mereka diserahkan TUHAN ke dalam tangan mereka.


Maka suku Yehuda mara lalu bertempur dan TUHAN menyerahkan bani Kanaan dan bani Feris ke dalam tangan mereka, tumpaslah puak musuh yang seramai sepuluh ribu orang itu di Bezek.


Daud tinggal di gurun, di dalam kubu-kubu pertahanan. Dia tinggal di pergunungan, di Gurun Zif. Setiap hari Saul mencari dia, tetapi Allah tidak menyerahkan Daud ke dalam tangannya.


Lalu orang Daud berkata kepadanya, “Inilah hari yang difirmankan TUHAN kepada tuan, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu. Lakukanlah terhadap dia menurut apa yang kaupandang baik.’ ” Daud pun mendekat lalu memotong bucu jubah Saul secara diam-diam.


Kemudian berdebar-debarlah hati Daud, kerana dia telah memotong bucu jubah Saul.


TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN.


Sesampainya Daud dan Abisai di tempat pasukan itu pada malam hari, tampaklah Saul berbaring tidur di tengah-tengah perkhemahan. Tombaknya tertancap ke tanah, berdekatan dengan kepalanya, sementara Abner dan seluruh pasukan berbaring di sekelilingnya.


Tetapi kata Daud kepada Abisai, “Jangan binasakan dia. Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik TUHAN dan bebas daripada kesalahan?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan