1 Samuel 24:9 - Alkitab Versi Borneo9 Lalu berkatalah Daud kepada Saul, “Mengapakah tuanku mendengar kata-kata kalangan yang mengatakan, ‘Ketahuilah, Daud berikhtiar mencederakan tuanku’?” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Tetapi Daud menyusul Raja Saul ke luar gua dan berseru di belakangnya, “Tuanku!” Raja Saul menoleh, dan Daud sujud dengan hormat Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Tetapi Daud menyusul Raja Saul ke luar gua dan berseru di belakangnya, “Tuanku!” Raja Saul menoleh, dan Daud sujud dengan hormat Faic an caibideil |
Kata Daud kepada Saul, “Sesungguhnya, pada hari ini mata tuanku sendiri melihat, bahawa TUHAN sudah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba di dalam gua itu; ada orang yang mendesak hamba untuk membunuh tuanku, tetapi hamba berasa sayang kepada tuanku kerana fikir hamba: ‘Aku tidak akan menjamah tuanku itu, kerana dialah orang yang diurapi dan dilantik TUHAN.’
Sekarang, sudilah Tuanku Raja mendengar kata-kata hambanya ini. Jika TUHAN yang menggerakkan tuanku untuk melawan hamba, biarlah Dia menerima suatu persembahan. Tetapi jika itu manusia, terkutuklah mereka di hadapan TUHAN, kerana pada hari ini mereka menghalau hamba dengan berkata, ‘Pergilah, beribadatlah kepada tuhan lain,’ sehingga hamba tidak mendapat bahagian dalam milik pusaka TUHAN.